Nampak sangat Najib bersalah dan sangat sangat terdesak hingga membuat permohonan yang tidak masuk akal dan gila.
Dimana Najib memohon pada Mahkamah Persekutuan agar Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri atau ditukar dengan orang lain.
Alang alang juga Najib Razak oiii, baik desak Ketua Hakim agar kau dibebaskan dari semua pertuduhan tanpa syarat.
Alang alang juga minta pada Institusi Diraja agar menghapuskan sistem kehakiman di Malaysia. Biar pemimpin pemimpin UMNO yang rasuah menjadi panel hakim dibawah pokok kelapa.

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak membuat permohonan supaya Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa.
Peguam, Hisyam Teh Poh Teik selaku peguam utama bekas Perdana Menteri itu, berkata demikian ketika prosiding rayuan akhir untuk mengetepikan sabitan hukuman dan denda dikenakan terhadap Najib berhubung penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.
Turut bersidang ialah empat panel hakim iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Tinggalkan Jawapan