Ini Bukan Sarkas

Begitu banyak helah yang digunakan untuk memanjangkan tempoh rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan. Peguam Najib sengaja ditukar ganti.

Walaupun sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan menarik diri tapi hari ini muncul sebagai peguam Najib, minta diizinkan berhujah.

Sudah pun diberikan peluang untuk berhujah tapi masih berdalih, minta pula berhujah selepas berehat makan tengah hari.

Padan pun terkeluar perkataan sarkas atau badut sebenarnya 🤡🤡🤡. Hahaha!

PUTRAJAYA: “Ini bukannya sarkas, sesiapa sahaja boleh datang dan pergi sesuka hati.”

Kenyataan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan adhoc, Datuk V. Sithambaram itu jelas menunjukkan rasa tidak puas hatinya apabila pihak pembelaan memaklumkan bahawa peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin akan meneruskan hujahan berkaitan permohonan agar Ketua Hakim Negara menarik diri.

Terdahulu, peguam Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan bahawa Firoz yang pada ketika itu berada di galeri awam akan menyambung hujahannya.

Firoz kemudian bangkit dari galeri awam, berjalan menuju ke meja peguam dan memohon agar pendengaran kes itu ditangguhkan sementara sehingga selepas waktu makan tengah hari.

Firoz: Memandangkan (Tan Sri) Shafee tidak dapat membuat hujahan hari ini, maka beliau meminta saya untuk berhujah. Tetapi saya memohon agar hujahan ini ditangguhkan sehingga selepas makan tengah hari.

Sithambaram: Yang Amat Arif, ini bukannya sarkas. Orang boleh datang dan pergi.

KHN: Tuan Haji (Hisyam) telah membuat hujahan yang lengkap dan menyeluruh. Kami (panel hakim) tidak merasakan hujahan lanjut diperlukan.

Mahkamah kini sedang berhenti rehat bagi membuat keputusan mengenai permohonan Najib agar Hakim Tengku Maimun menarik diri. – UTUSAN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: