Grup Suara Mat Salleh Keliru, Lucu Dan Tampak Mengada Ngada

Jelas keliru lucu dan akhirnya nampak tolol bila gerombolan jentera Warisan berlagak kecewa pada kerajaan GRS, seolah-olah mereka tidak pernah bertanggungjawab sebagai kerajaan dan pemimpin yang mereka sanjung Shafie Apdal bukan bekas pemimpin UMNO yang berjawatan tinggi dalam kerajaan.

Sedangkan antara jawatan utama yang pernah disandang oleh Presiden Warisan, Shafie ialah sebagai menteri di Kementerian KKLW. Kementerian yang bertanggungjawab melaksanakan prasarana di luar bandar negeri Sabah.

Lucu lah bila mendakwa kononnya GRS kerajaan yang gagal dan mempersoal kenapa konok dibentuk di Sabah.

Lagi kononnya kerajaan negeri Sabah menolak usul kedaulatan dan keselamatan Sabah berkaitan tuntutan pewaris kesultanan sulu.

Tidak kurang lucunya bila mereka mendakwa GRS kononnya parti dari Malaya.

Kononnya gagal membina prasarana dan keperluan luar bandar seperti jalan raya, pendidikan dan yang paling lucu bila menyentuh kenaikan gaji wakil rakyat, walhal semasa RUU kenaikan gaji dibentangkan tiada seorang pun wakil rakyat Warisan yang berdiri.

Lepas itu bertanya lagi apa konok visi dan misi GRS dan bagaimana konok GRS mentadbir Sabah

Gagal yang macam mana laskar Warisan oiii, hakikatnya apa yang kamu utarakan itu hanyalah propaganda untuk sekali lagi mengelirukan rakyat Sabah. Rakyat Sabah tahu dan sedar sebelum ini kamu bukan hanya gagal mempertahankan retorik Sabah Ubah atau Sabah for Sabahan tapi gagal menunaikan banyak manifesto Warisan yang menjadi modal Warisan pada pilihan raya umum ke 14.

Mari kita jawab satu persatu.

  • GRS bukannya parti daripada Malaya atau Semenanjung tetapi merupakan gabungan yang terdiri dari Bersatu, STAR, PBS, SAPP, USNO dan KDM.
  • Bos sebenar GRS ialah Ketua Menteri Sabah itu sendiri iaitu Datuk Hajiji Noor yang menjadi ketua GRS bukannya Presiden Bersatu Muhyiddin Yasin.
  • Tidak ada yang menaja penubuhan GRS, sebaliknya GRS ditubuhkan atas keprihatinan pemimpin-pemimpin kerajaan, dalam usaha memartabatkan perjanjian Malaysia 1963 dan memastikan Sabah terus maju seperti negeri-negeri lain. Di bawah adalah visi dan misi GRS yang diumumkan sempena perasmian GRS.
  • Jasa terbesar GRS ialah memastikan ekonomi rakyat Sabah bangkit selepas perlaksanaan PKP yang berjalan hampir 2 tahun lebih. Kalau laskar Warisan bukan pemalas, pergilah jenguk sekejap page Datuk Hajiji Noor. Nanti kamu akan tahu apa yang telah dijalankan dan dicapai oleh kerajaan negeri Sabah, GRS. Supaya dengan demikian tidaklah kamu nampak sengaja membodohkan diri sendiri dengan mengkritik GRS secara membabi seperti itu.
  • Semasa kerajaan Warisan beberapa agensi Kementerian di peringkat negeri diujudkan seperti Kementerian Pelajaran dan Kementerian Infrastruktur. Pertanyaannya apa yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Sabah, kemajuan apa yang telah dicapai dan berapa peruntukan yang telah disalurkan hingga berjaya memanfaatkan anak-anak Sabah. Begitu juga dengan Kementerian Infrastruktur yang berorientasikan Sabah Ubah, telah berjanji akan menurap jalan raya di seluruh Sabah, apa janji ini telah terlaksana? tidak adanya sebaliknya GRS hanya mewarisi masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan Warisan, antaranya jalan raya Sabah seperti berada di atas bulan. Tapi hasil usaha bersungguh sungguh kerajaan GRS melalui Sabah Maju Jaya jalan jalan itu telah diturap dan dibaiki, hari ini cuba mereka jalan disana, apa mereka rasa? seronok kan, kegagalan yang terpaksa ditanggung dan dibaiki oleh GRS
  • Kerajaan GRS tidak pernah menolak usul kedaulatan negeri Sabah berhubung tuntutan pewaris kesultanan Sulu. Tinggal lagi isu ini meletus di Parlimen dan kerajaan sedang dalam proses perundingan so apa rasionalnya dalam masa yang sama diperdebatkan di peringkat DUN, sekadar minta puji? seperti hari ini akibat tidak di debatkan apa yang telah terjadi pada Sabah?
  • Banyak lagi sebenarnya yang admin boleh buktikan dan tunjukkan disini perihal kelemahan dan kegagalan Warisan, justeru itu mereka tidak layak mengkritik kerajaan GRS atau slogan Sabah Maju Jaya. So kita tunggu saja retorik mereka selepas ini dan admin akan membidasnya.

Kesimpulannya jangan hairan kenapa majoriti rakyat Sabah berpandangan kepimpinan Warisan adalah yang paling tidak berguna di Sabah. Selain gagal memikul tanggungjawab sebagai kerajaan negeri juga gagal memikul amanah sebagai pembangkang yang berkualiti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: