Ahli Perniagaan Dedah Rosmah Ambil Projek Kerajaan Sesuka Hati

Kisah benar yang dirakam dalam grup whatsapp, grup yang bolehlah dikatakan elit kerana ahlinya terdiri dari golongan yang berjaya dalam bidang mereka.

Baik sebagai mantan Menteri Besar, mantan Ketua Menteri mahupun sebagai ahli perniagaan yang pernah menjalankan projek beratus juta ringgit malah berbilion ringgit.

Namun ada cerita di sebalik kejayaan mereka yang didedahkan dalam grup ini.

Sudah tentulah melibatkan pentadbiran UMNO yang terlalu tidak amanah di dalam memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Ceritanya bermula apabila salah seorang ahli mempersoalkan kenyataan UMNO tidak bersalah sebaliknya pemimpinnya yang bersalah.

Sedangkan bila pemimpin satu satu parti didapati bersalah tapi tetap dipertahankan secara retorik maka partilah yang wajar dihukum ini kerana parti telah dijadikan perisai dan parti hanyalah wadah yang ditentukan oleh pemimpin.

Rentetan itu seorang ahli perniagaan mendedahkan birokrasi yang telah dilaluinya hingga syarikatnya mengalami kerugian. Kerugian angkara birokrasi telah berlaku beberapa kali sehingga memaksa beliau meninggalkan UMNO dan berkira kira akan balik menyokong UMNO bila kluster Mahkamah tidak ada lagi atau UMNO kalah pada pilihan raya umum yang akan datang.

Syarikat saya yang mendapat laluan kereta api jajaran Serendah ke Port Klang sepanjang 73KM pada tahun 2017 bersama LTAT dan saya telah mengeluarkan perbelanjaan menyediakan design lebih RM5 juta sebelum projek itu disapu bersih oleh Rosmah, isteri PM Najib Razak waktu itu.

Sudahlah begitu harga projek yang diberikan pada kroni Rosmah jauh lebih mahal. Sepatutnya hanya RM7 bilion tapi bertambah menjadi RM9 bilion

Begitu juga dengan projek air ke Bandar Melaka walaupun dia telah berbelanja RM4.5 juta untuk konsultan tapi bila kerja dimulakan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) membatalkannya dan diberikan pada kroni Rosmah.

Kesimpulannya tidak hairanlah kenapa hari ini UMNO tunggang langgang. Bukan hanya kerana skandal 1MDB dan Yayasan Akal Budi tetapi penyelewengan yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan atas arahan isteri Perdana Menteri.

Banyak benar penganiayaan semasa pentadbiran UMNO ke atas masyarakat tapi sedikit yang tampil untuk membongkarnya.

Padan ramai yang berpendapat adalah mustahil UMNO boleh balik menjadi kerajaan yang berkuasa penuh. Silap hari bulan UMNO akan berkubur selepas pilihan raya umum yang ke 15 akan datang.

Saya percaya dan sudah tentu pasti anda, hakikatnya tidak ada politik yang bersih tetapi janganlah sampai isteri pun boleh mencampuri pentadbiran kerajaan.

Inilah masalahnya UMNO ni kalau di diamkan mereka akan nampak bersih dan akan menggigit kita, kalau pula kita dedahkan seperti sekarang pasti akan memberi kesan pada parti parti yang ikut sebagai pemerintah atau kerajaan. Apa pun saya percaya rakyat hari ini sudah cerdik untuk membezakan mana pihak yang wajar dipertanggungjawabkan, mana pula pihak yang terpaksa bercakap tapi tidak boleh dipertanggungjawabkan. Betul tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: