Bung Mokhtar Jangan Jadi Monyet Dapat Bunga, Lupa Diri

Bung Mokhtar kah yang berucap pasal RUU Anti Lompat Parti. Amboi sampai menghina wakil wakil Bersatu atau GRS. Apa juga kelas kepimpinan mu Bung Mokhtar oiii, setakat terkenal dengan tag minum darah. Kau ingat ini zaman purba kah? Hahaha!

Sampai lupa siapa dirinya yang hampir hampir saja jadi tukun pembangkang di Sabah. Bung wajib mengenang budi PN atau Bersatu dimana yang menggugat kerajaan Warisan hingga membawa kepada pilihan raya negeri dan walaupun Bung berhadapan dengan tuduhan rasuah di Mahkamah tapi dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Bung juga perlu tahu dan sedar siapa sebenarnya orang orang di sekelilingnya. Ada diantara mereka adalah pembelot dimana sebelum Bersatu berjaya menggugat kerajaan Warisan, mereka yang terdiri dari bekas calon UMNO cuba menyertai Warisan tapi tidak diterima atau “ternampak” kerajaan Warisan sedang goyah menyebabkan tidak meneruskan hasrat mereka 😂

UMNO hanyalah wadah perjuangan tanpa pemimpin dan jentera yang berkualiti, UMNO tidak akan bertahan sehinggalah pilihan raya umum 2018.

Buktinya wakil wakil rakyat UMNO yang menyertai Bersatu berjaya mempertahankan kemenangan mereka dalam pilihan raya negeri Sabah 2020. Dalam pada itu ramai calon UMNO yang kalah kepada calon Bebas.

Tapi kalau dari konteks Bung Mokhtar mungkin ada kebenarannya sebab itu Bung mati mati menyokong RUU Anti Lompat Parti dan mengejek wakil wakil UMNO Sabah yang keluar menyertai Bersatu.

Bagaimana pula dengan Adun Sindumin Yusof Yacob keluar Warisan dan menyertai UMNO. Apa ia tidak menguntungkan UMNO?

Waktu itu Bung Mokhtar siap berkata akan ada Adun Bebas lain menyertai kerajaan, UMNO lah yang dimaksudkan tu. Hipokrit kamu ni

Sebab kepimpinan Bung Mokhtar itu sendiri boleh dipersoalkan, seandainya Bung bertanding bukan atas tiket UMNO pasti dia akan kalah teruk. Sedangkan pada pilihan raya negeri Sabah 2020 pun dia hanya mendapat 661 lebihan undi, sikit lagi kalah kepada calon muda Warisan yang baru setahun jagung.

Bung Mokhtar sudah tua dalam kepimpinan UMNO Kalabakan tapi hanya mendapat undi nyawa nyawa ikan.

Apa Bung Mokhtar cakap Sabah mundur kerana sikap wakil wakil rakyat Sabah yang suka keluar parti? Jangan membohong Bung, Sabah terus miskin kerana ada orang macam kau, suami isteri kantoi dibicarakan di Mahkamah.

Semenjak pilihan raya umum yang lalu begitu ramai calon UMNO kalah kepada calon Bebas. Membuktikan pengundi hari ini sudah cerdik, mereka tahu parti politik hanyalah alat, pemimpin atau wakil rakyat yang berkaliber lah yang dapat merubah keadaan mereka.

Pertanyaannya kenapa ya UMNO beriya iya menyokong RUU Anti Lompat Parti. Macam ada niat jahat yang tersirat antaranya mungkin untuk menghilangkan hak rakyat dalam sistem demokrasi. Tapi mereka lupa RUU itu jugalah yang menyebabkan UMNO tidak lagi menjadi taiko, terpaksa berkongsi kuasa dengan sama ada PN mahupun PH. Tapi itupun silap hari bulan, menjadi pembangkang kepada kerajaan Perikatan Nasional dan GRS di Sabah.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: