Ahli UMNO Yang Menyokong Tajuddin Digugurkan Dari Duta Indonesia Adalah Tolol

Sangat tidak masuk akal bila ada ahli UMNO menyokong tindakan UMNO menggugurkan nama Tajuddin Abdul Rahman dari jawatan duta Malaysia ke Indonesia.

Berita itu tersebar sejak beberapa hari yang lalu dan ia disebabkan oleh kononnya tuntutan yang digerakkan oleh laskar maling tin kosong sanggup bodoh demi pemimpin UMNO yang kantoi mencuri wang rakyat di Mahkamah, supaya jawatan duta berkenaan tidak diberikan pada Tajuddin.

Selepas Tajuddin sebelum ini bercakap benar, mendedahkan konspirasi menjatuhkan Zahid Hamidi dari jawatan Presiden UMNO yang terpalit dengan tuduhan rasuah di Mahkamah. Dimana antara lain kenyataan saksi dalam perbicaran, Zahid didakwa menerima sehingga setengah juta ringgit setiap bulan dari agensi yang membawa pekerja dari luar negara.

Selain sabitan bersalah berhubung pembelian hotel di Indonesia menggunakan dana Yayasan Akal Budi. Secara prinsipnya tujuan Yayasan ini ditubuhkan untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan, ternyata tidak begitu rupanya ia hanyalah untuk mengaburi mata rakyat.

Selain itu Tajuddin juga mendedahkan komplot Zahid Hamidi dan Najib serta sebahagian ahli-ahli Parlimen UMNO untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Muhyiddin Yassin daripada Perikatan Nasional.

Kerana itulah Tajuddin dikatakan tidak layak memikul tanggungjawab sebagai duta ke Indonesia. Kok orang yang menentang kemungkaran pula yang dicanang tidak layak sebaliknya pemimpin atau pihak yang bergelumang dengan najis kemungkaran pula yang baik hingga boleh menentukan hala tuju negara ya.

Tajuddin sebelum dipecat sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO adalah orang yang paling lantang mempertahankan Zahid Hamidi walaupun dia tahu Zahid orang yang tidak amanah dan gagal mengurus UMNO.

Kalau usaha menggugurkan nama Tajuddin berjaya dan diraikan oleh ahli UMNO. Maka yang bolehlah dikatakan tersangat bodoh ialah ahli UMNO itu sendiri. Sebab sebagai rakyat Malaysia mereka jelas menyokong kemungkaran hingga keadilan dan bercakap benar tidak lagi menjadi keutamaan.

Lalu bagaimana andai rakyat Malaysia menuntut keadilan dari kerajaan UMNO adakah ketika itu pemimpin UMNO yang bercakap benar akan dipinggirkan atau akan dipecat? apa akan berlaku pada rakyat?

Betul ini UMNO tidak boleh pakai, sanggup mengetepikan kebenaran demi supaya kuasa politik berada di tangan pemimpin-pemimpin UMNO yang terbukti tidak amanah.

Pada rakyat biasa jangan biarkan diri itu menjadi mangsa mereka. Kira tolol juga andai sanggup bersekongkol dengan gerombolan kluster Mahkamah.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: