Warisan Tandus Idea Mempersoal Slogan Sabah Maju Jaya Yang Dimainkan Laskarnya 🤣

Apa lagi yang mahu di temberang oleh presiden Warisan Shafie Apdal itu. Sudah ketandusan modal kah atau cuba lari dari kegagalan manifesto Sabah Ubah hingga kerajaan Warisan ditumbangkan oleh Sabahan pada Pilihan Raya Negeri tahun 2020.

Oleh sebab itulah Shafie terpaksa mengada-ngada dengan merujuk propaganda murahan yang dimainkan oleh laskarnya. Bikin malu saja.

Shafie mendakwa kononnya daripada wang dibelanjakan untuk membina tugu atau papan tanda Sabah Maju Jaya adalah lebih baik digunakan untuk membaiki prasarana. Sembanglah kau Warisan oiii!

Sebelum itu laskar Warisan cuba memainkan isu Slogan Sabah Maju Jaya yang didirikan di beberapa tempat tapi tidak mendapat sambutan dari masyarakat Sabah.

Untuk makluman Shafie pernah memegang jawatan Menteri KKLW dan menerima sehingga 6 bilion ringgit peruntukan bagi menyelesaikan prasarana di luar bandar Sabah. Tapi gagal, peruntukan 6 bilion habis namun masalah yang dia nyatakan sekarang sehingga hari ini masih menghantui rakyat Sabah. Ironinya 6 bilion itu hanya menyebabkan dia disiasat oleh SPRM dan sehingga hari ini fail siasatan masih dalam simpanan SPRM dan Peguam Negara.

Jadi pada Presiden Warisan cukuplah membongkar kegagalan diri sendiri. Jangan lupa Warisan pernah memegang jawatan Ketua Menteri Sabah namun gagal membaiki prasarana luar bandar, jangan kan membina prasarana baharu hanya untuk menunaikan janji membina semula rumah rumah mangsa mangsa kebakaran di Semporna pun gagal ditunaikan. 2 tahun lebih menjadi kerajaan negeri Sabah, tapi gagal mendirikan sebatang tiang rumah mangsa kebakaran. Tutup kedailah Shafie oiii, lebih baik kamu jaga Parlimen dan DUN di daerah Semporna tu dari yang nampak hanya Ketua Kampung lantikan GRS pula yang bersusah susah memikul tanggungjawab mereka.

Baru baru ini kerajaan negeri GRS melalui Ketua Sabah Datuk Hajiji Noor berbesar hati mengumumkan akan membina semula rumah rumah mangsa kebakaran di Semporna. Tapi dinafikan oleh laskar Warisan kononnya yang menyediakan peruntukan 8 juta adalah kerajaan Warisan iaitu Shafie. Hahaha. Lucu!

Memang pun setiap kerajaan akan menyediakan peruntukan berupa catatan kertas tapi yang menjadi pertanyaan sudah kah ia dilaksanakan, apa yang telah beres di lapangan.

Begitu juga ketika Warisan mengkritik keadaan prasarana dibawah kerajaan BN sebelum ini, hakikatnya kerajaan BN waktu itu sudah menyediakan peruntukan tapi gagal ditunaikan.

Begitulah ceritanya, jadi pada Shafie aka Warisan sedar diri tu sikit, jangan kerana ketakjuban kamu pada Warisan akhirnya kerajaan semasa malas membantu pengundi pengundi Semporna, kenapa tidak kalau ibarat mencurahkan air di atas daun keladi.

Berbalik pada persoalan pokok.

Mengikut penjelasan Pegawai Khas kerajaan negeri Arthur Sen, slogan Sabah Maju Jaya bermaksud.

Congankata “Sabah Maju Jaya” dalam Jata Sabah telah digunakan sejak 1988.

Apabila kerajaan GRS-BN mengambil tapuk pemerintahan Sabah, maka kita perlu suatu pelan hala tuju supaya kita ada fokus dan mengerak jentera kerajaan utk memajukan Sabah. Kerajaan GRS-BN mengangkat congankata yg sedia ada dalam Jata Sabah sebagai nama pelan ini yakni disebut sebagai Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 1.0 (2020-2025).

Sesungguhnya, bila kita sebut Sabah Maju Jaya ianya bukan bererti semua aspek pembangunan telah selesai dibuat. Sebenarnya ianya adalah harapan kita bersama yakni anak2 Sabah utk maju kehadapan. Ianya suatu perjalanan. Setakat setahun lebih ini, prestasi ekonomi semasa berjalan dgn baik wlpun ada kekangan PKP akibat wabak Covid-19. Buat pertama kalinya pendapatan negeri melebihi paras RM5 Billion tahun 2021. Pelaburan juga memang ada.

Sambil kerajaan tidak menafikan bhw masih banyak keperluan pembangunan, sambil itu kerajaan GRS-BN berusaha meningkatkan pendapatkan negeri melalui pelan terancang mengandungi 5 teras.

Kesimpulannya, sebagai rakyat Sabah, kita perlu menghormati congankata Jata Sabah krn inilah impian kita. Bukan jadikannya sebagai bahan jenaka. Kalau kita sendiri tidak patriotik kpd congankata Jata negeri kita, siapa lagi?

Politik biar berbeza, tapi jangan persendakan congankata Jata negeri kita kio.

Sy kongsikan keterangan Jata ini dibawah. Boleh scroll dlm Google jika berminat kio.

Poinsikou.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: