Laskar UMNO Yang Cipta Dokumen PASLeak. Dasar Manusia Sanggup Bodoh

Ada benarnya pun hanya mereka yang terdesak sanggup melakukan apa saja supaya majikan yang telah kantoi menyeleweng wang rakyat di Mahkamah dapat dibebaskan. Justeru jangan pelik kiranya laskar UMNO sanggup melakukan apa saja termasuk berbohong dan memfitnah.

Kamu orang tahukah, bentuk dokumen yang diklaim oleh UMNO sebagai bukti usaha PAS ingin melihat UMNO berkubur?

Nah ia dalam bentuk tangkapan layar itupun hanya sekeping dan ia dibuat dalam bentuk excel yang tidak ditandatangani oleh mana mana individu. Dokumen seperti itu budak tingkatan lima pun boleh buat malah lebih professional. Hahaha!

Pertanyaannya untuk apa laskar UMNO melakukan hal keji seperti itu, apa sebenarnya yang cuba di jayakan oleh mereka? Untuk menilai tahap sokongan yang diberikan oleh PAS kah? Hahahah.

Kebenaran PASleak itu sendiri tidak diakui oleh Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri.

Pengarah Pilihan Raya PAS Sanusi Md Nor tidak menolak kemungkinan dokumen “PAS leak” yang tular sebelum ini dilakukan sendiri oleh Barisan Nasional (BN) menerusi pasukan laskar sibernya.

Menteri besar Kedah itu berkata demikian sebagai mengulas pihak mana yang dipercayainya mampu menghasilkan dokumen sedemikian.

Katanya, ada pihak tertentu akan mendapat manfaat apabila maklumat berkaitan dakwaan perancangan menjatuhkan kepimpinan Umno disebarkan secara terbuka.

Beliau berkata, ada pegawai dalam BN yang kuat mendesak Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga naib presiden PAS supaya bersumpah laknat susulan penularan dokumen “PAS leak”.

“Dia mungkin ada kepentingan pada dokumen itu dan sedang guna dokumen itu. Orang macam ini ada potensi untuk buat dokumen,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Sanusi berkata, pendedahan dokumen berkenaan yang mendakwa wujud perancangan sulit bagi menjatuhkan pimpinan Umno sebagai perkara tidak benar.

Beliau berkata, kandungan dokumen dikatakan minit mesyuarat kepimpinan PAS sangat diragui kerana dibuat tanpa mengikut ejaan dan urutan kebiasaan format parti itu.

“Saya kalau nak rancang perkara sebegitu (menjatuhkan kepimpinan Umno), saya tidak tulis. Orang bodoh sahaja tulis, selepas itu sebar bagi orang baca. Saya beranggapan dokumen itu dibuat laskar siber pihak yang dapat kepentingan daripada dokumen itu,” katanya.

Katanya, beliau lama berada dalam hierarki kepimpinan PAS Pusat sekali gus menegaskan bahawa ia bukan format minit mesyuarat parti itu.

“Bagi kita kalau ada (perancangan sulit) kita akan cakap ada, jika tidak ada, kita akan cakap tidak ada. Minit mesyuarat PAS bukan begitu, kita ada format minit yang perlu diikuti, ada ejaan dan urutan tertentu.

“Saya tak tahu siapa tulis minit itu, mungkin ‘jebon’ yang tulis minit mesyuarat itu,” katanya merujuk haiwan jenis musang dipanggil cerpelai atau “mongoose” yang digambarkan sangat lincah dan licik.

FMT

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: