
Zahid Hamidi kalaupun mulai merasa bahang Sungai Buloh itu kau punya pasal lah tetapi janganlah nampak sangat kau tu sedang menemberang.
Yang kau tiba-tiba buka mulut kononnya pintu UMNO sentiasa terbuka untuk menerima semula. Namun perlu melalui proses pendaftaran seperti biasa.
Kau ingat apa rakyat Malaysia ini, Zahid oiii. Kau ingat sengkek sangat kah?
Rakyat Malaysia boleh hidup sekalipun UMNO sudah tidak wujud, malah akan lebih maju tanpa pemimpin pemimpin UMNO yang bermasalah.
Sejak pemimpin utama UMNO termasuk Presiden UMNO dihadapkan ke Mahkamah akibat menyeleweng wang rakyat, saat itu rakyat yang ada harga diri dan agak berpendidikan mulai memandang jijik kepimpinan UMNO. Ditambah dengan sikap pemimpin dan jentera parti yang sengaja mempertahankan kemungkaran walaupun Mahkamah telah mendapati mereka bersalah.
Rakyat Malaysia yang menjadi penentu kepada kemenangan parti parti yang bertanding, tidak seperti jentera UMNO lah Zahid oiii. Pura-pura buta apa yang menyebabkan kau dihadapkan ke Mahkamah.
Faktor mega yang menyumbang kepada kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak, GPS dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini adalah kerana tidak bekerjasama dengan UMNO atau BN.
Jangan ada yang menafikan sejarah Sarawak, dimana hanya selepas GPS berpisah dengan UJMNO/BN barulah mereka mendapat kemenangan yang sangat besar.
Jadi lain kali kalau menemberang, sebutkan secara jelas. Bahawa UMNO sentiasa membuka pintu kepada ahli UMNO dari Semenanjung memandangkan orang seperti ini sanggup bodoh di mata orang lain.
Mereka tidak seperti orang Sabah dan Sarawak yang ada maruah dan harga diri. Jadi andai pun mereka menyertai UMNO ini kerana mereka yang ditawarkan bukan mereka yang terhegeh-hegeh.
Zahid oiii, dalam pilihan raya negeri Sabah baru baru ini, berapa ramai calon UMNO yang ditolak oleh orang Sabah? berapa pula calon UMNO yang mendapat kemenangan yang sangat tipis, majoriti dibawah 500-1000 undi? berapa pula calon UMNO yang tewas kepada calon Bebas?
Tinggalkan Jawapan