Tiada pertelagahan, GRS Utuh

Tiada pertelagahan diantara Bersatu (PN) dan UMNO di Sabah. Hanya Pakatan Harapan dan kluster Mahkamah atau Najib Razak yang tampak tidak berminat melihat hubungan baik berlaku di Sabah.

Seolah olah Najib dan sekutunya tidak ingat melihat Sabah seperti Sarawak yang mendapat kemenangan besar selepas GPS menyatakan pendirian mereka tidak lagi bekerjasama dengan UMNO/BN sebelum Pilihan Raya Negeri Sarawak 2021.

Baru baru ini Najib mendakwa kononnya pelantikan Datuk Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah adalah pengkhianatan kepada UMNO.

Entah pengkhianatan apa yang dimaksudkan oleh Najib Razak itu. Suka sukanya menabur spekulasi yang tidak ada kebenarannya. Pemimpin kantoi maling tu!

Sebab berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh pemimpin UMNO, Annuar Musa.

UMNO yang tidak berani mencalonkan Bung Mokhtar sebagai calon Ketua Menteri Sabah pada pilihan raya negeri Sabah 2020. Oleh kerana itu Bersatu atau Perikatan Nasional mengambil langkah ke depan menamakan Datuk Hajiji sebagai calon. Itulah sebabnya Ketua Menteri Sabah datang dari parti Bersatu/PPBM.

Hal yang sudah berlalu tapi si Najib ni macam cacing yang kepanasan, sengaja mencipta persepsi biar menjadi lauk para totok totoknya.


Ingin saya nyatakan dengan jelas, hubungan saya dengan YB Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili, Presiden PBS dan YB Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, Presiden STAR serta semua rakan komponen GRS yang lain adalah sangat mesra dan semakin lama semakin kuat.

Tidak pernah berlaku salah faham antara kami walaupun orang lain sering bercakap tentang kami. Meskipun, kita datang daripada parti yang berlainan, kita tegas dengan ikrar GRS. Apa yang perlu kita lakukan ialah bekerja keras untuk membawa kemajuan kepada rakyat Sabah dan negeri ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap tidak akan ada lagi cakap-cakap yang Hajiji tidak baik dengan Bung atau Dr Max dan Dr Jeffrey. Kita juga tidak perlu berebut kerusi. Kita boleh selesaikan dengan melihat kekuatan parti masing-masing. Jika parti itu kuat dalam sesebuah kawasan maka kerusi akan diberikan.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: