Najib Dibenar Buat Rayuan Kali Kedua Bererti Bebas Macam Orang Biasa

Admin dah cakap pagi tadi Najib akan memohon pelepasan atau dibenarkan sekali lagi menggemukkan rayuan walaupun Mahkamah Rayuan sendiri menolak rayuannya yang bererti hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini adalah benar atau tidak ada kekhilafan.


PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad secara sinis berkata, mereka yang didapati bersalah walaupun kesalahan kecil belum tentu dapat menangguhkan hukuman yang dikenakan.

Kenyataan beliau dibuat selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Ahli Parlimen Pekan Najib Razak menangguhkan hukuman susulan sabitan kes salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram berkaitan dana SRC International Sdn Bhd.

Beliau berkata, Najib akan dilihat seperti orang bebas susulan sabitan kes dihadapi bekas Perdana Menteri itu dijangka mengambil masa ‘setahun atau lebih setahun’ sebelum rayuannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

“Ini hak hakim. Belum pernah ada kes sebesar jenayah dilakukan oleh Najib. Ia adalah satu rekod dunia mengikut Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.

“Orang yang didapati bersalah kecil pun tidak pernah mendapat ‘stay of execution’ (penangguhan) seperti ini. Najib mungkin terpaksa tunggu sampai setahun atau lebih sebelum kesnya sampai ke Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam blog peribadinya.

Beliau berkata, pada masa itu, Najib bebas dan akan menjadi orang yang tidak bersalah.

“Jika beliau masih dibenarkan menjadi ahli Dewan Rakyat, apakah beliau akan bertanding dalam PRU nanti? Jika menang dan sekali lagi menjadi ahli Dewan Rakyat, apakah dia boleh jadi Perdana Menteri juga? soal beliau.

Katanya, tiada dalam peruntukan undang-undang yang tidak menghalang perkara itu daripada berlaku.

“Alhamdulillah. Malaysia mungkin mencatat rekod sekali lagi kerana banduan di anugerah jawatan Perdana Menteri. Segala-galanya the ‘rule of law’ (kedaulatan undang-undang) yang dihormati,” katanya.

Terdahulu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama-sama Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan tersebut selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat.

Mahkamah turut mengekalkan syarat dikenakan terhadap Najib sebagaimana ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi, iaitu jaminan RM2 juta, pasport perlu diserahkan ke mahkamah dan perlu melaporkan diri ke balai polis berdekatan dua kali sebulan.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: