Nazir Razak Malukan Najib dan Rosmah Dikhyalak Ramai

Sekilas fakta yang menyebabkan hubungan Najib Razak dan isteri dengan keluarga Razak porak peranda.

Kita tahu sebelum ini telah viral satu artikel tentang kekesalan adik kepada bekas Perdana Menteri Nazir Razak. Dimana beliau menyesal selepas menurut kehendak abangnya Najib Razak untuk menunaikan cek bernilai RM63 juta. Nazir percaya cek itu ada kaitannya dengan wang rakyat dalam 1MDB.

Pada mulanya Nazir beranggapan wang itu adalah dana parti yang digunakan untuk menghadapi pilihanraya umum yang ke-13.

Adik sendiri pun tidak ingin bersubahat dengan kegiatan Najib. Ibaratnya begini kalau Najib itu bakal berhadapan dengan masalah yang lebih besar selepas itu maka biarkanlah Najib dan keluarganya yang menanggungnya. Adapun legasi Tun Abdul Razak jangan dilibatkan supaya sentiasa bersih di mata rakyat dan sudah tentu pada pemilik alam semesta ini.

Dalam episod yang sama Nazir Razak mendedahkan perangai buruk Rosmah Mansor yang juga sarat skandal penyelewengan melibatkan pemasangan tenaga solar di sekolah sekolah di negeri Sarawak.

Bayangkan dalam satu majlis Rosmah Mansor memberi amaran secara terbuka terhadap Nazri agar berhati-hati jika sekiranya mereka menang dalam perbicaraan skandal 1MDB.

Dikatakan dalam majlis berbuka puasa itu Rosmah sambil memegang tangan suaminya Najib Razak, mengingatkan agar jangan bercakap dengan adiknya kerana Rosmah mendakwa Nazri adalah orang yang menjatuhkan Najib dari jawatan Perdana Menteri.

Mata orang ramai pada ketika itu tertumpu pada mereka dan Najib cuba menenangkan keadaan tapi tidak berkesan. Namun begitu Nazir Razak tetap mengingatkan abangnya bahawa dia tahu apa yang berlaku dan merayu agar Najib berhati-hati

Dalam buku yang sama Nazir mendedahkan bagaimana Jabatan Perdana Menteri (PMO) era Najib Razak cuba menipu masyarakat awam dengan memberi laporan palsu tentang wang yang dibelanjakan secara boros oleh Rosmah.

Dimana Pejabat Perdana Menteri (PMO) melaporkan bahawa wang itu bukan wang rakyat atau wang kerajaan Malaysia tetapi dari kekayaan keluarga Najib Razak

Nazir sekali lagi tidak berpuashati dengan dakwaan Pejabat Perdana Menteri sebagai laporan atau penyataan yang bohong.

Rentetan itu Nazir telah berhubung dengan adik-beradiknya dan membuat pendedahan seperti mana ini.

Tidak lama selepas itu mereka menerima panggilan telefon dari nombor yang tidak diketahui. Tetapi adik beradik Najib tidak mengangkatnya kecuali Nazir. Sejurus Nazir menjawab panggilan itu beliau dimarahi oleh Najib sambil berkata kenapa kamu semua memalukan saya di khalayak ramai.

Nazir bertegas apa yang mereka lakukan ke atas Najib dan Rosmah berkaitan wang rakyat itu hanyalah cuba menjaga legasi dan nama baik keluarga mereka.

One thought on “Nazir Razak Malukan Najib dan Rosmah Dikhyalak Ramai

Add yours

  1. Melihat Kes Najib ia satu perbuatan TAMAK HARTA DAN KUASA. Hingga sanggup melesapkan wang Rakyat dan Negara. Najib melanggar nasihat dan pesanan Orang tua nya. Masa yang sama lupa akan Kuasa Allah yang sedang memerhatinya. Tampa INSAF DAN BEROUBAT dengan perbuatan nya salah itu, disisi agama lalu Allah sedarkan Najib seperti mana yang beliau hadapi di Mahkamah hari ini.

    Bukan senang utk membersikan nama sebab perbuatan melampau itu dihadapan mata Rakyat. Biarlah Najib dihukum setimpal dengan keselahan perbuatan dan perlakuan beliau yang saya sifatkan sebagai yang Najib lakukan dengan NIAT. S

    dimana waktu itu Najib rasa semua perbuatan Salahnya itu dapat Najib TUTUP dengan menggunakan Kuasa Selaku KETUA NEGARA ( PERDANA MENTERI).

    Liked by 1 person

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: