UMNO dan PH Berpakat Di PRN Melaka

Gambar Hiasan Tapi Tulen

Alamak tersebar pula satu berita ni. Yang mendakwa UMNO dan Pakatan Harapan awal awal lagi telah berpakat untuk bertanding di DUN dimana Perikatan Nasional dan calon Bebas bertanding di Pilihan Raya Negeri Melaka 2021 yang bertujuan untuk memecah undi Perikatan Nasional.

Sekiranya UMNO dan Pakatan Harapan masing memenangi 14 kerusi maka mereka akan berkerjasama membentuk kerajaan negeri Melaka atas nama jajaran politik baharu.

Nampaknya jajaran baru yang diidamkan oleh Presiden UMNO Zahid dan Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim akan terus diusahakan sehinggalah iya menjadi kenyataan.

Perak sebelum ini menjadi kenyataan bilamana UMNO dan (PH) DAP berjaya mengumpul undi tidak percaya ke atas Menteri Besar Perak yang mewakili Bersatu. Menyebabkan pemimpin UMNO dilantik sebagai Menteri Besar Perak.

Begitu juga dengan jawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya mereka singkirkan bila mana UMNO keluar dari kerajaan Perikatan Nasional dan di sokong oleh Pakatan Harapan. Walaupun sebelum itu kerajaan Perikatan Nasional telah mempelawa Pakatan Harapan untuk menandatangani MoU bagi mengekalkan kerajaan.

Muafakat Nasional yang menjadi asas kerjasama UMNO dan PAS pun dirosakkan oleh UMNO. Bila mana UMNO enggan berkerjasama dengan PAS dan Bersatu dalam menghadapi pilihanraya negeri Melaka.

Memang begitu bila kamu berlawan dengan UMNO. Bacaan kamu harus jauh ke hadapan berbanding mereka. Bukan kamu tidak mengenali UMNO jenis kepimpinan yang sanggup melakukan apa saja demi kuasa.

Yang maling saja boleh dipertahankan apa lagi setakat undi. Tapi tidak semudah itu, saat ini ramai yang percaya dan berkobar kobar untuk mengajar UMNO di PRN Melaka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: