Sign SD Cara Terbaru UMNO Bodohkan Ahli Parti

Semakin biul lah totok UMNO, semakin hilanglah kewarasan mereka. Semakin ditelanlah apa yang melintang walaupun bercanggah dengan syariat.

Sedangkan dulu tidak ada SD pun cara totok mempertahankan maling hampir tiada bezanya dengan para jihadi mempertahankan agama.

Seperti contoh pemimpin UMNO yang kantoi mencuri tetap dipertahankan tapi bila parti lain yang terpalit bukan main lagi, dihebohkan di semua rangkaian media sosial. Macam bodoh!

Sebelum ini Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan berbangga dan menyuruh parti lain agar mencontohi cara mereka dimana calon pilihan raya menandatangani surat akuan bersumpah (SD).

Jangan kamu ikut cara UMNO tu. Cara itu seolah-olah menghantar anda balik ke zaman sebelum manusia ini mengenal erti demokrasi.

Cara itu hanyalah taktik terbaru untuk mentotokkan lagi ahli parti ke atas UMNO itu sendiri, agar terus khayal dan rajin mencipta cerita bohong demi kelangsungan UMNO.

Inilah masalahnya UMNO ni hipokrit sangat.

Pada hakikatnya UMNO tumbang pada pilihanraya umum 2018. Tetapi hari ini menjadi kerajaan malah Perdana Menteri datang dari UMNO. Ini semua tidak berlaku jika tidak ada ahli parlimen daripada UMNO yang keluar menyertai Parti Bersatu. Malah yang mencadangkan nama Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri adalah Presiden Bersatu.

Itu di Sabah tu walaupun UMNO tidak terlibat menggugat kerajaan Warisan hingga membawa kepada pilihan raya negeri. Tidaklah UMNO memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah. Walaupun baru baru ini telah mengecohkan rakyat Sabah dengan dua lagi skandal yang belum ada kesinambungannya.

UMNO ni betul-betul hipokritlah. Hipokrit yang sangat-sangat menyakitkan hati, suka betul membuat kerja dan membuat kenyataan yang terbalik. Dalam erti kata lain mereka lakukan boleh orang lain buat dilarang sama sekali, hanya kerana ia akan melemahkan UMNO. Betul betul kleptokrasi!

Padan pun UMNO diharamkan di bumi Sarawak.

Pertanyaan admin bagaimana pula sekiranya kerusi yang dimenangi UMNO kelak tidak cukup bagi membolehkan kerajaan negeri Melaka dibentuk? pasti waktu itu perlu ada wakil rakyat dari parti lain yang melanggar SD mereka. Atau akan diadakan MoU? kalau begitu tidak usahlah di adakan pilihan raya, buang saja demokrasi di Malaysia ni. Sebab nampaknya seolah olah tidak boleh parti lain menjadi kerajaan dan segala salah laku akan dihalalkan kerana MoU tadi itu.

Inisiatif konon!

Keputusan PRU 2018 dan mutakhir ini menunjukkan kemenangan calon ditentukan oleh kredibiliti calon bukannya jenis parti yang mencalonkan mereka.

Itu dibawah senarai nama cadangan calon UMNO di PRN Melaka, sebagai hiasan entri ini. Semalam lagi gambar ini viral tapi sengaja admin tidak upload di media sosial. Sebab tidak pasti entah betul entah tidak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: