Menteri Kewangan Tidak Tahu Najib Penasihat Ekonomi

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak mengetahui bahawa Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai penasihat kerajaan.

Ia selepas satu laporan mendakwa bahawa bekas Perdana Menteri itu ditawarkan peranan untuk memberikan nasihat berkaitan ekonomi.

“Saya tidak tahu beliau seorang penasihat,” kata Tengku Zafrul dalam satu temubual bersama Haidi Lun dan Shery Ahn dari Bloomberg Television.

“Di Kementerian Kewangan, kami menumpukan kepada usaha memulihkan semula ekonomi, mewujudkan pekerjaan dan memacu pertumbuhan bagi tahun depan. Justeru, fokus adalah untuk memastikan kami meneruskan pembukaan semula ekonomi secara selamat”

Najib, yang sedang mengemukakan rayuan pertuduhan di atas peranannya dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dilapor ditawarkan jawatan berstatus menteri.

Tawaran itu dalam usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menggunakan pengaruh Najib dalam UMNO bagi memperoleh majoriti tipis di Parlimen, lapor The Straits Times pada September.

-Bloomberg

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: