Pandelela Ucap Terima Kasih Pada Menteri Belia Sukan Malaysia

 

KUCHING: Dato Pandelela Rinong berkata beliau berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumi kerana sudi mendengar serta sanggup mengetahui lebih lanjut insiden gangguan seksual dihadapinya serta atlet terjun negara.

Malah ratu terjun negara itu berkata beliau ikhlas mengalu-alukan kedatangan Faizal Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia.

“Saya dengan ikhlas hati mengalu-alukan kedatangan YB @PejaOfPerak ke @KBSMalaysia. Terima kasih kerana mendengar dan bersedia mengambil tahu (isu tersebut), semoga YB boleh membantu Pasukan Terjun Malaysia menjadi lebih baik pada masa akan datang,” tulisnya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Pandelela dalam ciapan itu juga memaklumkan beliau kini memahami keseluruhan senario selepas melihat video sidang media Faizal pada Isnin lalu apabila media meminta menteri berkenaan mengulas mengenai pendedahannya pada 21 Oktober lalu.

“Tak apalah YB @PejaOfPerak, sekarang saya faham keseluruhan senario selepas melihat video ini. Wartawan lelaki yang bertanya soalan kepada YB, membangkitkan isu ini,” katanya.

Pada Isnin sebuah portal berita melaporkan Faizal sebagai berkata menteri berkenaan mempersoalkan tindakan Pandelela membangkitkan isu gangguan seksual oleh bekas jurulatihnya sekarang sedangkan insiden itu ‘sudah lama berlaku’.

 “Saya cuba untuk memahami kenapa setelah sekian lama, Lela (Pandelela) mahu mendedahkan perkara ini dalam media sosial,” kata Faizal.

Sehubungan itu Faizal memberitahu beliau akan bertemu dan berbincang dengan Khairy Jamaluddin yang menerajui kementerian sukan ketika insiden yang didakwa itu berlaku.

Beliau katanya telah bercakap dengan pihak tertentu berhubung perkara itu untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, tambahnya.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: