Jangkitan Covid-19 Bawah 18 Tahun Naik Mendadak

a person wearing a suit and tie talking on a cell phone: Sebanyak 62 kematian akibat Covid-19 membabitkan kelompok berusia bawah 18 tahun direkodkan sehingga kini, menurut Khairy Jamaluddin. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kes jangkitan Covid-19 membabitkan golongan di bawah usia 18 tahun menunjukkan peningkatan mendadak dengan lebih 400,000 kes dilaporkan tahun ini berbanding 12,000 tahun lalu.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu sebanyak 252,569 kes membabitkan murid sekolah manakala 42,831 pula terdiri daripada kes dalam kalangan murid prasekolah.

Katanya, sehingga kini, sebanyak 62 kematian juga telah direkodkan.

Khairy juga berkata, sebanyak 30% daripada 2.5 juta pelajar berusia 12 hingga 17 tahun di seluruh negara telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

Beliau menekankan bahawa vaksin sahaja tidak mencukupi untuk melindungi semua orang daripada virus tersebut dan langkah pencegahan serta keselamatan masih diperlukan.

Ini termasuk untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya mengalami simptom atau menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19, memastikan pengudaraan yang baik di sekolah, melakukan saringan dan sanitasi.

FMT

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: