Bersih Sangat kah Tok Mat tu – Lokman Adam

Makin garang pula Lokman Adam ya. Siap mendedahkan kekotoran Tok Mat yang sebelum ini dianggap bersih oleh penyokongnya atau ahli UMNO di Semenanjung Malaysia khususnya.

Lokman Adam di ruangan komentar Facebooknya menulis ketika berhujah melawan musuh politiknya yang mungkin pro kepada Mohamad Hasan (Tok Mat) Timbalan Presiden UMNO mendedahkan beberapa isu hangat, ya sudah tentulah isu yang ada kaitannya dengan wang rakyat.

Komentar Lokman Adam itu berbunyi begini.

Nak tanya bersih sangat ke Tok Mat tu?

Siapa yang kantoi tahun 2009 menerima duit developer 38 juta masuk ke akaun peribadi?

Siapa yang kantoi hantar 10 juta nak beli apartment kat London?

So beritahu Tok Mat atau Mat Hasan kalau tak pandai jaga mulut Asyraf dan para pemuda UMNO kita akan keluarkan dokumen lama, nanti. Jangan cerita bab pemimpin bersih kita tahu tembelang seekor seekor. Duit acap simpan kat Hongkong 2 juta pun kita boleh buka kalau nak perang.

Musuh kami DAP, Mahathir tunduk bawah DAP, siapa tunduk bawah Mahathir kami layan sama macam DAP.

Sedikit ulasan yang menyentuh perenggan terakhir komentar Lokman Adam di atas. Bab ini admin nafikan.

Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia sudah tentulah tidak boleh bersikap pilih kasih terhadap semua bangsa yang ada di Malaysia, apa lagi terhadap komponen PH iaitu DAP yang bekerjasama menumbangkan regim UMNO.

Dulu semasa UMNO menjadi kerajaan pun UMNO melayan baik persatuan Dong Zong walaupun masyarakat ramai tahu persatuan ini persatuan yang pro DAP.

Di zaman kerajaan UMNO aka Najib, Dong Zong berjaya membina Universiti mereka yang dinamakan Xiamen University.