Perikatan Nasional (PN) Terus Raih Sokongan Rakyat dan Siswa Siswi

Nah ini hah hasil risikan terbaru yang didedahkan oleh Pengarah Pilihan Raya PN Mohemad Azmin Ali.

Katanya selain manifesto PN yang lebih baik dan prihatin kepada rakyat secara keseluruhannya yang menyebabkan sokongan rakyat ke atas Perikatan Nasional melonjak.

Faktor calon calon yang di tampilkan oleh PN yang lebih kompeten tidak terpalit dengan tuduhan rasuah di Mahkamah telah menjadi penyumbang besar kepada populariti Perikatan Nasional (PN).

Penerimaan rakyat ke atas Perikatan Nasional juga bukan hanya disebabkan oleh faktor kempen, manifesto dan calon calon yang kompeten tapi juga telah dibuktikan sebelum ini.

“Terbukti dalam tempoh dua tahun PN diberi tanggungjawab memerintah negara, kita telah berjaya mengangkat martabat umat dan rakyat.

“Mereka (rakyat) ingin melihat PN kembali ke Putrajaya untuk meneruskan usaha ini dan saya yakin dan percaya dengan kepimpinan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Insya-ALLAH PN akan dinobatkan sebagai kerajaan Persekutuan di Putrajaya,” katanya.

Di sini saya nak tambah sikit berkaitan penerimaan pengundi atau siswa siswi ke atas Perikatan Nasional. Nampaknya ceramah kempen, manifesto dan kesan kerja kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini telah meyakinkan mereka untuk terus memberikan dan menambah sokongan Perikatan Nasional.

Dibawah gambar yang di hantar seorang lecturer kepada seorang kawan. Menunjukkan undian papan tanda yang dijalankan di kampus UPM, menunjukkan Perikatan Nasional menjadi pilihan para penuntut disusuli Pakatan Harapan dan yang paling corot sudah tentulah UMNO atau BN yang ditolak kerana skandal penyalahgunaan kuasa dan kenyataan pemimpinnya yang sering bercanggah dengan realiti.

Nah apa lagi, kalau kamu berada di Semenanjung undilah calon calon Perikatan Nasional dan kalau kamu berada di Sabah undilah calon calon dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Mari kita ubah pentadbiran kerajaan ke arah yang lebih baik dan saksama.

Baiki Penyertaan Bumiputera Dalam Sektor Ekonomi, Bukan Pemilikan Ekuiti Saja, Putrajaya Diberitahu

Bukan hanya dalam sektor ekonomi tapi jauh dari konteks ini, status Bumiputera itu sendiri harus diperhalusi dan hak mereka diletakkan balik pada tempatnya.

Jangan saja gah pada nama namun status “bumi” ini boleh di dapat macam sayur ikan di pasar tamu, asal ada duit semua boleh jadi. Lama lama semua mereka sapu, ketika itu kaum bumi hanya mampu tunduk dan menonton bukan kerana bodoh tapi nasib mereka telah di ambil orang.

Seorang ahli ekonomi berkata agak sukar untuk negara menikmati pertumbuhan ekonomi yang besar sekiranya ia masih terus mengekalkan rancangan ekonomi yang sama.

PETALING JAYA: Kerajaan digesa untuk memberikan fokus lebih meluas dengan memperbaiki penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi secara menyeluruh dan bukan hanya berkaitan pemilikan ekuiti Bumiputera semata-mata.

Ahli ekonomi daripada Universiti Tun Abdul Razak Barjoyai Bardai, berkata pemilikan ekuiti sahaja bukanlah ukuran sebenar terhadap kejayaan ekonomi.

“Jangan terbawa-bawa dengan sasaran 30% atau angka tertentu tetapi beri fokus terhadap objektif yang lebih besar, iaitu penyertaan semua Bumiputera dalam sektor ekonomi.”

Beliau juga percaya agak sukar untuk negara menikmati pertumbuhan ekonomi yang besar sekiranya ia masih terus mengekalkan rancangan ekonomi yang sama.

Berjoyai Bardai.

“Masanya telah tiba untuk kerajaan memikirkan rancangan baharu berdasarkan paradigma semasa,” katanya.

Katanya, hanya tiga rancangan lima tahun Malaysia pertama boleh dianggap berjaya, yang tempohnya antara 1966 dan 1980.

“Selebihnya hanya untuk menstabilkan keadaan dan meneruskan rancangan sebelumnya. Ia kelihatan sama dengan beberapa perubahan kecil.

“Kerajaan hanya meniru semula rancangan sebelumnya dan pendekatan berterusan ini mencipta unjuran linear terhadap pertumbuhan ekonomi. Malaysia berada dalam pertumbuhan linear sejak lebih 20 tahun lalu.

“Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) ini datang pada masa yang tepat disebabkan ekonomi global menunjukkan trend penurunan dan sebab itu kita perlu menetapkan sasaran yang lebih tinggi. Jika tidak, kita hanya akan mencatat pertumbuhan rendah untuk tempoh lima tahun akan datang dan tertinggal di belakang.”

Firdausi Suffian.

Ahli politik ekonomi Firdausi Suffian berkata isu sebenarnya ialah bagaimana dasar Bumiputera dilaksanakan.

“Saya percaya dasar berdasarkan Bumiputera ini tidak dilaksanakan dengan baik dan sesetengah orang telah menyalahguna kelebihan itu. Ini sebabnya mengapa sasaran pemilikan ekuiti tidak dapat dicapai,” katanya kepada FMT.

Orang yang mengawal dasar itu telah mewujudkan sistem perlindungan yang hanya memberi keuntungan kepada golongan Bumiputera yang kaya.

“Sistem ini tidak menguntungkan majoriti Bumiputera, khususnya golongan miskin. Kita perlu mengubah sistem itu.”