Jurutera Kimia Mati Selepas Gagal Mendapat Kebenaran Balik Kampung

Ini kah yang dipanggil kisas (karma) selepas pembohongan yang dilancarkan oleh jentera parti yang tidak bertanggungjawab, dimana sebelum ini mereka menggelarkan kerajaan Perikatan Nasional 1.0 dibawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai kerajaan gagal. Sedangkan peraturan yang dilaksanakan pada waktu itu bertujuan untuk menjaga kebaikan negara dan rakyat ini.

Waktu itu banyak propaganda yang disebarkan, seperti kain rentang yang tertulis kerajaan gagal dan kenyataan kenyataan dan tindakan yang bertujuan untuk memburukkan kerajaan, ironinya mereka juga adalah komponen kerajaan Perikatan Nasional.

Malah Ketua Pemuda UMNO Malaysia sanggup mempolitikkan peraturan dengan menawarkan perkhidmatan guaman pada pesalah PKP. Punyalah tidak bertanggungjawab sebagai seorang pemimpin muda.

Waktu itu juga kebenaran merentas negeri atau daerah tetap dibenarkan asalkan ada alasan yang munasabah.

Hari ini, kejadian tragis telah berlaku, seorang Jurutera Kimia meninggal dunia selepas permohonannya untuk balik kampung atau merentas negeri tidak diluluskan atau gagal.

Maksud admin bayangkan seandainya kejadian ini berlaku di era kerajaan Perikatan Nasional 1.0 ? Itulah lain kali jangan pernah percaya pada laskar maling membohong pandailah.


HULU TERENGGANU – Seorang jurutera kimia yang ditemui me­ninggal dunia selepas merosakkan pintu masjid di Pasir Gudang, Johor pada Sabtu lalu mahu pulang ke kampung di Terengganu untuk menziarahi bapanya yang tidak sihat selepas enam bulan tidak berbuat demikian.

Arwah Mohd. Sufian Mohd. Said, 28, membuat permohonan untuk merentas negeri sehari sebelumnya, namun ditolak oleh pihak berkuasa kerana dokumen berkaitan tidak mencukupi.

Kakak arwah, Siti Ayu Megawati Mohd. Said, 33, berkata, adiknya yang juga anak lelaki tunggal itu mahu pulang ke kampung di Kuala Berang untuk menje­nguk bapa mereka yang kerap diserang asma dan sakit belakang sejak kebelakangan ini.

“Biarpun berjauhan, kami kerap berhubung melalui panggilan video dan kali terakhir pada Jumaat lalu. Dia beritahu nak balik kampung walaupun terpaksa berhenti kerja lepas tahu kesihatan ayah semakin merosot.

“Pada hari kejadian, dia pergi ke masjid untuk berjumpa imam bagi membantunya dalam urusan permohonan rentas nege­ri,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumah keluarganya semalam.

Menurut Mas Ayu, dia dimaklumkan arwah sempat bertemu imam masjid sebelum diminta datang semula pada pagi Ahad.

“Entah kenapa adik bongsu saya pergi semula ke masjid pada malam itu. Mungkin dia sangka imam berada di dalam biliknya (di masjid),” katanya.

ALLAHYARHAM MOHD. SUFIAN

Cerita wanita itu, setelah permohonan rentas negeri ditolak, dia yang tinggal di Johor Bahru berjanji membantu adiknya dan pulang ke kampung bersama-sama pada Ahad lalu, namun tidak menyangka Mohd. Sufian pulang sebagai jenazah.

“Arwah memang rapat de­ngan kami. Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan, dia pulang ke kampung setiap bulan.

“Kami sekeluarga agak terkejut kerana arwah bukan mudah putus asa, malah kerap nasihat kami supaya sentiasa sabar hadapi dugaan hidup,” katanya.

Sementara itu, di Johor Bahru, arwah Mohd. Sufian sempat berpesan kepada imam Masjid Taman Scientex, Pasir Gudang supaya menghantar jenazahnya ke kampung di Kuala Berang sekiranya dia meninggal dunia.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superinten­dan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya dimaklumkan kekematian mangsa pukul 7.35 pagi, Ahad lalu di rumah sewa lelaki itu di Taman Scientex di sini.

“Rakaman te­levisyen litar tertutup menunjukkan lelaki itu menumbuk pintu masjid dua kali hingga pecah,” kata­nya.

Laporan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat kecederaan pada perge­langan tangan kanan dan urat tendonnya terputus. Kes diklasifikasi sebagai kes mati mengejut. -K! ONLINEhttps://api.dable.io/widgets/id/QXex2ele/users/83728865.1631002679652?from=https%3A%2F%2Fwww.kosmo.com.my%2F2021%2F09%2F09%2Fyang-pulang-hanya-jenazah-kakak%2F&url=https%3A%2F%2Fwww.kosmo.com.my%2F2021%2F09%2F09%2Fyang-pulang-hanya-jenazah-kakak%2F&ref=https%3A%2F%2Ft.co%2F&cid=83728865.1631002679652&uid=83728865.1631002679652&site=kosmo.com.my&id=dablewidget_QXex2ele_G7ZOL9lW&category1=Negara&ad_params=%7B%7D&item_id=167294&pixel_ratio=1&client_width=651&network=non-wifi&lang=en&is_top_win=1&top_win_accessible=1

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.