Alamak Anwar ni tidak habis habis dengan tuduhan luar biasa.
Apapun ngamlah writ saman dimajukan supaya keadilan dapat di tegakkan dengan cepat. Tidak kiralah apa keadilan itu terhadap Yusoff Rawther atau ke atas Anwar itu sendiri.
Padan pun Anwar ni tergesa gesa ingin menduduki kerusi empuk Perdana Menteri, rupanya ketakutan ada kes yang menunggu, betulkah. Macam kluster Mahkamah jugalah ni ya. Tapi ketika membuat kenyataan politik seolah olah benar rakyat dan Covid-19 lah yang menjadi keutamaan mereka. Hemmm!
Untuk lebih lanjut kamu bacalah cerita Malaysia Now dibawah.
Amaran: Artikel ini mengandungi maklumat mengenai dakwaan serangan dan/atau keganasan seksual, yang mungkin menganggu perasaan pembaca.
Writ saman serangan seksual oleh bekas kakitangan Anwar Ibrahim sudah diserahkan kepada pemimpin PKR itu selepas beberapa kali percubaan untuk penyerahannya gagal sejak difailkan kira-kira sebulan lalu.
Mahajoth Singh, peguam mewakili Muhammed Yusoff Rawther mengesahkan writ saman tersebut dan keterangan pendakwaan sudah diserahkan kepada peguam-peguam Anwar.
Mahajoth turut mengesahkan pengurusan kes tersebut akan ditentukan pada 9 Spetember depan.
Sebelum ini, difahamkan beberapa percubaan dilakukan untuk menyerahkan saman tersebut.
Namun akhirnya, peguam Anwar bersetuju menetapkan tarikh janji temu bagi penyerahan saman itu dibuat hari ini.
Dalam kenyataan pendakwaan, Yusoff, 28, berkata dia mengalami trauma dan gangguan terhadap fizikal, psikologi dan sosial akibat serangan seksual yang didakwa telah dilakukan seorang ahli politik di rumahnya sebelum ini di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.
Yusoff menyenaraikan lebih sepuluh perlakuan dan ungkapan tidak senonoh oleh Anwar, dan kini sedang berusaha di mahkamah supaya ia mengisytiharkan ketua pembangkang itu telah melakukan serangan seksual selain ganti rugi am, setimpal dan terkumpul termasuk kos sesi terapi yang dijalaninya.