Warisan dan UPKO Tolak Tawaran PM Pada Pembangkang. Kamu Siapa?

Pembangkang yang gagal saling menidakkan cadangan Perdana Menteri yang berniat baik untuk membentak jajaran baharu bersama mereka.

Yang dimaksudkan dengan pembangkang ialah ahli Parlimen yang cerdik pandai lah bukannya ahli Parlimen bongok yang lantang menidakkan cadangan ini.

Seperti Ahli Parlimen dari Warisan dan UPKO pandai pandai menolak cadangan itu. Macam saja ada yang sudi untuk bersama mereka. Hanya masyarakat yang kurang cerdik, masih percaya Warisan dan UPKO mampu bertahan di pilihan raya umum yang akan datang. Rakyat Sabah sudah merasa kemampuan kamu sebagai kerajaan negeri Sabah, alsebab itulah kamu ditumbangkan pada pilihan raya negeri Sabah 2020.

Hakikatnya Warisan dan UPKO apa lagi Syed Saddiq. Mereka ini ibarat ada tidak ada sama saja, jadi jangan lebih sudu dari kuah. Jangan berlagak seolah-olah kamu itu sangat besar dan amat bernilai. Alahai!

Mengikut portal berita sebab mereka menolak kerajaan Perikatan Nasional adalah kerana kononnya ada ahli Parlimen dari sana yang telah menerima sogokan. Sebab itulah mereka menolak cadangan PM Muhyiddin Yassin untuk membentuk jajaran kerajaan.

Betulkah mereka disogok? Itu bukan sogokan tapi Perdana Menteri mengenal pasti kemampuan mereka, sebab itu mereka dilantik sebagai Menteri.

Sebaliknya Warisan, UPKO dan Syed Saddiq yang patut malu sebab hari ini mereka bersama Najib dan Zahid atau sang kleptokrasi yang mereka tumbangkan pada pilihan raya umum yang lalu. Khususnya Shafie tu, Najib yang membuang dia dari UMNO. He!

Peter Anthony dan Syed Saddiq sendiri dibicarakan di Mahkamah kerana rasuah. Apa punya hipokrit lah kamu mangkuk, pandai pandai mendakwa kononnya orang lain di sogok. Ambil cermin tu.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: