Tujuan Zahid Tidak Sokong Muhyiddin Bukan Untuk Anwar Jadi PM – Khalid

Pelik juga kenyataan Khalid ni seolah olah tidak maklum langsung, kenapa Zahid dan Najib atau kluster Mahkamah tiba tiba tidak menyokong Kerajaan Perikatan Nasional di saat perbicaraan rasuah mereka tinggal menghitung hari untuk ditentukan.

Tujuan kluster Mahkamah bertindak keluar dari kerajaan adalah untuk mendapatkan kuasa supaya kes yang mereka hadapi dapat ditarik balik atau mereka akan memenangi perbicaraan. Bukan untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Alahai!

Rupanya dalam diam Khalid ada menyimpan harapan untuk menubuhkan kerajaan bersama Kluster Mahkamah. Tapi sayang tidak kesampaian sebab sempat menghidu muslihat musuh tradisi. He!

Justeru kalau Amanah memang cerdik politik, inilah masanya Amanah bergabung dengan Kerajaan Perikatan Nasional. Memandangkan kluster Mahkamah tidak lagi bersama UMNO dalam erti kata yang sebenarnya. End


Langkah Umno menarik sokongan dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) seperti dijangka hanya mahu memastikan parti itu kembali berkuasa dan menjadi Perdana Menteri.

Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional Khalid Samad berkata, mustahil Umno mahu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kerana Umno pun sememangnya mahu menguasai kedudukan itu.

Bagaimanapun beliau berkata, Umno tidak boleh memimpin tanpa sokongan blok terbesar ketika ini iaitu Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai 89 Ahli Parlimen.

Bahkan katanya, Umno tidak mungkin meminta sokongan Bersatu selepas mereka sendiri mengkhianati Tan Sri Mahiaddin Md Yasin.

“Kita tahu bahawa Umno tarik sokongan bukan kerana dia nak sangat Anwar jadi PM. Kita jangan terlalu naif sehingga kita menganggap Umno sokong nak letakkan Anwar sebagai PM.

“Tapi lebih kepada kemungkinan mereka nak jatuhkan Mahiaddin supaya mereka pula nak jadi PM. Mereka dah telah letak nama Tengku Razaleigh sebagai satu-satunya calon, ini yang kita baca dalam media.

“Tapi Umno pun tak boleh kembali memimpin tanpa sokongan PH. Mungkin dia akan berunding dan memecahbelahkan PH. Jadi kita perlukan strategi.

“PH perlu berunding dengan parti-parti lain termasuk pihak Mahiaddin yang dikhianati Umno,” katanya dalam Bicara Yb Khalid Samad di Facebook Jom Channel malam tadi.

Pada masa sama, Khalid juga menasihatkan agar Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin untuk mengambil langkah sama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang meletakkan jawatan sejurus mengetahui dirinya tidak lagi mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Beliau mengulangi pendirian agar Mahiaddin mengambil tanggungjawab untuk tidak terus mempertahankan kedudukannya yang sudah jelas tiada sokongan selepas 14 Ahli Parlimen Umno menarik diri dari kerajaan.

“Bila hilang majoriti, memanglah Mahiaddin nak diberikan masa supaya boleh buat jual beli durian. Tapi itu tidak mengikut Perlembagaan.

“Kalau dia bertanggungjawab, dia patut buat macam Tun buat iaitu letak jawatan dan biar Ahli-ahli Parlimen berunding kembali,” ujarnya.

Sumber Malaysia Dateline

2 comments

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: