
Sumpah yang dilafazkan oleh Zahid Hamidi ini bertentangan dengan kenyataannya sebelum ini. Dimana Zahid berkata ketika mempengerusikan mesyuarat MKT UMNO.
“Kita hanya dua Pakatan lain yang besar iaitu PN dan PH. Jika hendak jadi kerajaan kita kena bergabung dengan salah satu. Kita tolak PH dan PN jadi macam mana hendak membentuk kerajaan? Bagaimana UMNO hendak membentuk kerajaan dengan hanya 42 kerusi?”
Tapi berdasarkan dakwaan Ahmad Maslan. Zahid telah melafazkan sumpah mubahalah dihadapan mereka, bahawa Presiden UMNO, Zahid tidak akan berkerjasama dengan Anwar dan DAP atau Pakatan Harapan (PH).
Persoalannya memandangkan Zahid telah meninggalkan Perdana Menteri atau Perikatan Nasional (PN) dan Anwar serta DAP berada dalam blok Pakatan Harapan (PH). Lalu bagaimana UMNO membentuk kerajaan?
Mari kita tengok siapa diantara Zahid Hamidi dan Ahmad Mazlan yang terbukti penipu besar dan bakal mendapat qisas dari sumpah dan pembohongan mereka.
PETALING JAYA: Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan hari ini mendedahkan bahawa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi telah bersumpah di hadapan Ahli Parlimen parti itu bahawa beliau tidak akan menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri atau bergabung dengan Pakatan Harapan (PH).
Ahmad Maslan berkata, ketegasan Zahid itu ketika mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen Umno bagi menjelaskan pendirian parti.
“Baru-baru ini ada pertemuan Ahli Parlimen Umno dengan Presiden. Saya ingin menyatakan di sini bahawa ada tuduhan kepada Presiden yang beliau akan membawa Umno bersama PH dan DAP.
“Presiden bersumpah Wallahi, Wabillahi, Watallah tidak akan sokong Anwar untuk jadi Perdana Menteri dan tidak akan bersama dengan PH, DAP.
“Saya ada ketika itu. Baru sehari dua ini pertemuan itu,” katanya menerusi soal jawab di NR Channel TV malam ini.
Selain itu, katanya, 15 Ahli Parlimen Umno yang telah menarik sokongan kepada kerajaan PN pimpinan Muhyiddin juga berpendirian tidak menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri atau bekerjasama dengan PH.
“Tak betul kata kita akan kerjasama dengan PH. Mereka mana ada majoriti, pembangkang ada 105 mungkin, tak sampai 111 untuk bentuk kerajaan dan Umno tak akan sokong.
“Apa yang akan berlaku selepas Ahli Parlimen tarik sokongan kepada (kerajaan PN pimpinan Muhyiddin), itu strategi kita yang saya tak boleh sebut. Tapi pokok pangkalnya selepas tarik sokongan kita serah kepada kebijaksanaan Agong membuat keputusan,” katanya.
Ahmad Maslan turut menegaskan, MKT pada 7 Julai lalu jelas menarik sokongan untuk Muhyiddin dan meminta Perdana Menteri baharu dilantik sehingga kes Covid-19 reda untuk Parlimen dibubarkan bagi mengembalikan mandat kepada rakyat.
Krisis politik timbul apabila Zahid mendakwa kerajaan pimpinan Muhyiddin hilang majoriti susulan Ahli Parlimen Umno yang “angkanya mencukupi” menarik balik sokongan.
Ini menyebabkan Ahli Parlimen Umno berpecah kepada dua kumpulan, iaitu sama ada mengikut keputusan parti atau terus kekal dalam kerajaan PN.
Game over..takat mintak PRU skrg itu tiada dalam senarai terkinii krjn🇲🇾..amender pelbagai durjana dah terlambak di medsos serta fikir akal juga mengiyakan ada pekara tak kena berada dlm era PN Krjn🇲🇾..ibarat penyiasat yg benar ikhlas tanggunjawab terhadap negara🇲🇾 dan kerjayanya..inilah siasatan so rare kurun abad 20/21pendemik Covid19 bervarian bagai dahhh..kiranya tiap petugas pelaksana dari dalam istana negara khususnya YDPA serta Timbalan nya bertanggung jawab banteras terhadap para pegawai istana yg berpetualang duri dalam isi tubuh sihat..sanggupkah semua laksanakan beban tugas ini..anna nie bukan tukang ramal apalagi superpower dukun atau bomoh..manusia biasa yg dapat anugerah istemewa dari YDPA terdahulu sebelum mereka…jadi mana mungkin anna mahukan keadaan krjn🇲🇾 yg comot hodoh tiada kekuatkan ketegasan pada seluruh pekara..politik dah satu hal..mcm Covid19 jugak..jikalau terbiar tanpa usaha utk menyahkuman benda benda ini..maka allah swt adalah kekuatan kecekalan diri anna utk lawan ini semua..skrg pun boleh lihat UMNO toksikberacun jajaran takluk JibbyMah & Wakjahid …D’javuuu lagi kawan ..seperti yg mula mula apabila kesemua cawangan UMNO automatik expired date..yg jadi sumber Lawan MyAG Hanif Katri..dalam pertahan kan daftar parti PPBM🌺 masa tuuhhhh..cuma skrg MyAG nieeee yersampok entah apa ..kita PN Krjn🇲🇾 pun ..dia suka lawan sakan. Ohh..maybe Hanif Katri tidak ketahui bahawa anna juga yg Tun M katakan dari pejabat AG..taksir pegawai yg kanan lebih kanan malah Hakim Federal State 🇲🇾 juga..lupa meeh..vluster anna ini terdiri dari segala ketua dlm urus tadbir krjn🇲🇾..jadi apa canggung andainyer Krjn 🇲🇾 masih punya Panglima Perang Besar yg cukup arif utk menjotos benda benda buruk ini..sekadar mahu sampaikan pesan buat Abg Hajiji serta yg lain..keep stronger together with PN Federal State of Putrajaya 🇲🇾 and PM 8 TSMY.. itu muktamad buat anna jikalau mau tahu lah…jumpa lagi yea kawan..😊 bab lain tuuhhhh..hang gasak apa patut..pun kami PN Krjn🇲🇾 amat menghargai nya..salam Merdeka🇲🇾 utk kawan yg baik..😊
AnnaAriff1972🌺💯🎶🎵🎶🎵🐝💖🇲🇾💖
LikeLiked by 1 person