Ketua Pemuda UMNO Sabah, Moral Apa Kamu Ada? – Saran PM Letak Jawatan

Memang susah berkawan dengan penyokong atau jentera yang sengaja mengenepikan kebaikan rakyat secara umumnya seperti mana sikap Ketua Pemuda UMNO Sabah itu.

Rasanya dia sedar yang pihaknya berada di pihak yang salah. Pihak yang terlibat dengan salah laku dan sedang dibicarakan. Sebab itu sedikit ruang yang terbuka akan dimanfaatkan bagi menuntut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.

Sepatutnya sebagai pemimpin muda dari parti yang paling tua di Malaysia, harus menunjukkan kematangannya dan paling penting selalu beringat dan bersyukur. Bagaimana UMNO yang tumbang pada Pilihan Raya Ke 14 tapi boleh sama sama membentuk kerajaan.

Di Sabah, UMNO tidak terlibat langsung dengan kejatuhan kerajaan negeri Warisan yang dilakukan oleh kepimpinan PPBM, hal ini diakui sendiri oleh Ketua UMNO Sabah Bung Mokhtar. Tapi sekarang Perdana Menteri Malaysia dari parti PPBM, boleh pula Ketua Pemuda UMNO Sabah menuntut agar meletakkan jawatan. Mentaliti dan sikap ke laut bro.

Dengan kawan yang menjadi penyelamat baru keluar taring kah, dulu berhadapan dengan Warisan hanya menumpang tui kah? Kalah sikap orang yang durjana oh!!!

Satu lagi sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan Perdana Menteri. Siapa yang akan menggantikan tempatnya?. Nah kalau dari UMNO tergelak besar Pakatan Harapan, modal besar dalam pilihan raya akan datang. Kalau dari Pakatan Harapan, bagaimana pula dengan penerimaan pemimpin Melayu dan orang Melayu terhadap DAP tidak terkecuali ke atas Anwar.

Justeru yang Pemuda UMNO itu sibuk bercakap pasal moral, moral apa pula yang mereka ada?

Sebelum ini Ketua Bersatu Sabah membidas keras kenyataan Ketua Pemuda UMNO Sabah sekarang menuntut Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan Perdana Menteri. Seperti artikel dibawah.



KOTA KINABALU: Ketua ARMADA BERSATU Negeri Sabah, Fairuz Renddan menyelar kenyataan lantang dan biadap dari Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir. Abdul Aziz Julkarnain yang menuntut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk letak jawatan dan menyerunya untuk berhenti menjadi batu api.

“Alasan beliau apa? Untuk tanggungjawab moral kerana gagal menghayati prinsip Rukun Negara ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’ dan ‘Keluhuran Perlembagaan’.

“Sebelum menunding jari kepada pemimpin lain khasnya Perdana Menteri, adakah beliau (Ir. Abdul Aziz) sendiri menghayati dan memahami adab dan moral?,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Terdahulu, Ir. Abdul Aziz dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beliau, turut menyeru Ahli-Ahli Parlimen UMNO, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri dan pemegang jawatan GLC untuk menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan meletakkan jawatan serta merta, tidak berkompromi dan derhaka kepada Raja.

Hal itu berikutan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara tentang rasa dukacita KBDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong tentang kenyataan yang dibuat di Parlimen pada 26 Julai berkenaan kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat yang dimasyurkan oleh Baginda sepanjang tempoh darurat walaupun belum diperkenankan oleh Baginda.

“Jika Menteri tersebut (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Palimen & Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah memberikan kenyataan yang tidak tepat dan mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat, maka sudah pasti itu adalah di atas kapasiti beliau sendiri dan adalah tidak wajar jika segalanya dikaitkan dan dilemparkan kesalahan serta hukuman kepada pimpinan Perdana Menteri.

“Jika kita di sini ingin menyokong ke arah kemaslahatan bersama, keharmonian negara dan rakyat, adalah wajar semua pihak bekerjasama dan bukan hanya membangkitkan isu menarik sokongan terhadap kerajaan PN, menggesa PM letak jawatan, menyeru ahli parlimen dari parti masing-masing tarik sokongan, letak jawatan dan sebagainya.

“Pada saat ini, keutamaan adalah untuk kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara, sesuai dengan titah Baginda dan saya kira, tidak wajar beliau (Ir. Abdul Aziz) memainkan isu ini dan menjadi duri dalam daging, merosakkan penyatuan PN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mana UMNO juga merupakan antara rakan sekutu dalam pentadbiran,” kata Fairuz lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan itu juga menegaskan bahawa seorang pemimpin yang berwibawa adalah yang memberi buah fikiran dan tenaga untuk rakyat di kala semua dihimpit masalah akibat kemelut pandemik COVID19.

“Kalau kawan kita tu (Ir. Abdul Aziz) rasa beliau ada ciri-ciri seorang pemimpin muda yang berjiwa rakyat, ayuh sama-sama, jom ikut kita turun padang, lawat rakyat di semua kawasan, kita beri sumbangan, ramai rakyat kita dihimpit masalah kekurangan wang, hilang pekerjaan dan tiada makanan.

“Jika dia sanggup, ayuh bersama-sama ikut team saya, kita beramai-ramai turun lawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV), kita bantu sukarelawan di sana yang bersusah payah mengurus kelancaran di PPV, beri sumbangan dan penghargaan kepada mereka, jika masih tidak cukup dan terlalu banyak masa lapang, boleh ikut saya turut lawat kawasan saya juga, kita tengok di kawasan kampung-kampung, kita ajak semua rakyat, ambil maklumat mereka dan daftarkan mereka untuk vaksinasi COVID19 segera!,” tegas Fairuz.

Tambah Fairuz, tanggungjawab pemimpin muda adalah menggerakkan anak muda untuk menjadi pelapis kepada pemimpin masa kini, menggunakan akal dan budi pekerti.

“Kita pemimpin, bukan perlu tunjuk pandai melalak-lalak, cari silap orang lain dan hentam, tapi kita kerja, jadi YB, yang bekerja, yang berkhidmat, bukan yang banyak cakap saja,” ujar Fairuz lagi

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.