Mahkamah Dapati Lokman Adam Bersalah Penjara 1 Bulan

Hidir Reduan Abdul RashidDiterbitkan 15 Jul 2021, 11:15 amDikemaskini 11:23 amA+A

Mahkamah memutuskan bekas pemimpin Umno telah menghina mahkamah berhubung kes rasuah Najib Razak melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan komital pendakwaan terhadap Lokman, yang merupakan bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan Lokman menghina mahkamah berkaitan saksi pendakwaan kelapan (PW8) kes tersebut, iaitu bekas pegawai khas Najib, Amhari Effendi Nazaruddin.

“Saya dapati tindakan responden, diiringi dengan niat, untuk membuat kenyataan media dan laporan polis, bersamaan dengan ugutan terhadap PW8 dan pihak lain yang berpotensi sebagai saksi dalam perbicaraan, membawa risiko terhadap pentadbiran keadilan (due administration of justice) dan bersamaan dengan menghina mahkamah,” katanya.null

Selepas keputusan itu, mahkamah mendengar penghujahan daripada peguam bela untuk pengurangan hukuman.

Prosiding komital yang difailkan pendakwaan berhubung dua dakwaan insiden melibatkan Amhari pada 2019.

Insiden pertama berlaku pada 25 September 2019, di mana Lokman dalam temu bual video didakwa mengeluarkan perkataan berbaur ancaman atau membawa maksud untuk mengugut Amhari kerana memberi keterangan pada perbicaraan kes Najib.

Insiden kedua juga pada hari sama berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap Amhari berkaitan keterangan lisan yang dibuat ketika perbicaran 1MDB.

Ketika prosiding sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Gopal Sri Ram berkata kebebasan bersuara tidak mengabsahkan ugutan terhadap saksi, yang didakwa dilakukan Lokman.

Sri Ram antara lain berkata, perkataan yang terdapat dalam temu bual video dan laporan polis bukan saja serangan terhadap Amhari, tetapi mahkamah sendiri.

Bagaimanapun, peguam Lokman, Muhammad Shafee Abdullah berkata mahkamah perlu menolak permohonan tersebut memandangkan notis tunjuk sebab oleh Umno terhadap Lokman dikatakan tidak menyatakan maklumat penting berkaitan perkara itu.

Shafee antara lain berkata, pihak pendakwaan tidak boleh bergantung kepada afidavit untuk perincian berkaitan dakwaan tindakan Lokman dan perincian berkaitan sepatutnya termasuk dalam notis tunjuk sebab itu sendiri.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.