Siapa Dia Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Yang Baru?

*SIAPA DIA PENGARAH KESIHATAN NEGERI SABAH YANG BARU?*
Nama: *Dr Rose Nani Mudin*
Asal : Papar, *Sabah*

*Pendidikan:*

– Bachelor in Medical Sciences (State University of Ghent, Belgium) 1984-1986

– Doctor in Medicine, Surgery and Obstetrics (M.D) (State University of Ghent, Belgium) 1987-1992

– Master in Public Health (University of Malaya, Malaysia) 2003-2004

– Master in Public Health (Epidemiology) (University of Malaya, Malaysia) 2004-2007

*Pengalaman bekerja*

– Houseman (Medical, Pediatric, Surgery and Orthopedic Department, Kuala Lumpur Hospital) 1992-1993

– Medical Officer (Obstetrics and Gynecology Department , Kuala Lumpur Hospital) 1993-1994

– Medical and Health Officer (Sungai Koyan Health Center, Raub, Pahang) 1994

– Medical Officer (Anesthesiology Department, Kuala Lumpur Hospital) 1995-2002

– Epidemiology Officer (State Health Department, Federal Territory of Kuala Lumpur) 2002-2003

– Medical Officer (Attachment for Master Program) (Hulu Langat District Health Department, Selangor) 2005

– Medical Officer (Attachment for Master Program) (State Health Department, Federal Territory of Kuala Lumpur) 2005-2006

– Medical Officer (Attachment for Master Program) Public Health Division, Ministry of Health 2006

– Epidemiology Officer and 2nd Medical Officer of Health (Putrajaya District Health, WP KL-Putrajaya) 2007-2008

– Public Health Specialist (Epidemiologist) as Principal Assistant Director for Dengue Unit (Vector Borne Disease Sector, Disease Control Division, Ministry of Health Malaysia) 2008-2012

– Head of Vector Borne Disease Sector, Ministry of Health Malaysia (Vector Borne Disease Sector, Disease Control Division, Ministry of Health Malaysia) 2012-2021

– Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah! 2021

*Dr. Rose Nani Pengarah JKNS Baharu*

*Kenapa Dr. Rose Nani?*
1. Merupakan *anak Sabah* yang berasal dari Papar Sabah. Tidak timbul soal borneonisasi dalam pelantikan ini kerana Dr Christina (Sabahan) juga digantikan dengan Dr. Rose Nani (Sabahan). Berbanding dengan zaman Warisan yang mengamalkan Dasar Sempornanisasi yang mana jawatan strategik kerajaan negeri diisis sepenuhnya oleh orang Semporna termasuklah Pegawai Daerah.

2. Dr Rose Nani mempunyai kepakaran di dalam bidang *Epidemiologi dan penyakit bawaan vektor* selain pernah bertugas sebagai Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia.

3. Kepakaran diiktiraf dan sering menjadi panel jemputan stesen televisyen tempatan seperti TV1, TV3, Astro dan Traxx Fm. Antara topik perbincangan *demam denggi, penyakit chikugunyan dan Zika*.

4. Berpengalaman luas dengan *tempoh perkhidmatan hampir 30 tahun* (1992 hingga sekarang).

5. Pernah bertugas di Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Besar Kesihatan Sungai Koyan, Raub, Pahang.

6. Kepakaran Dr. Rose Nani (epidemiologi dan penyakit bawaan vektor) menjadi antara kriteria utama memandangkan *Sabah menjadi negeri keempat tertinggi kes denggi* (sehingga Jun 2021), kes jangkitan *zika* tempatan pertama di Malaysia direkodkan di Sabah (2016) dan satu (1) kes *chikungunya* (2020).


*Dr. Rose Nani Melangkaui 6 orang Timbalan Pengarah Negeri?*

1. Tidak wujud *isu melangkaui* 6 Timbalan Pengarah Negeri kerana dari segi *senioriti* (30 tahun dalam perkhidmatan), pengalaman (5 jabatan kesihatan dan 2 hospital berlainan), dan *gred* perjawatan (JUSA C), menjadikan beliau adalah calon yang bersesuaian menggantikan Dr. Christina Rundi.

2. Jika melihat kepada gred 6 orang Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, *hanya Dr. Asits Sanna (Kesihatan Awam)* yang bergred JUSA C dan selebihnya bergred 54 hingga gred 56.


*Kesimpulan*

1. Pelantikan Dr. Rose Nani adalah bertepatan dengan situasi semasa negeri mendepani *pandemik covid-19* dan turut berhadapan masalah *denggi* yang serius dengan Sabah merekodkan kes denggi keempat tertinggi di Malaysia (759 kes – Jun 2021) dan (2537 kes – Jun 2020).

2. Hierarki perjawatan dan *gred* (JUSA C) , *senioriti* (30 tahun), *pengalaman perkhidmatan* di semenanjung Malaysia yang luas selain turut diiktiraf sebagai pakar (sering menjadi panel undangan di stesen televisyen), menjadikan beliau antara calon yang paling berkelayakan mengisi posisi Pengarah Kesihatan Negeri.

3. Apa yang paling penting, beliau adalah *Sabahan*. Pelantikan beliau membuktikan kerajaan *PN menghormati dan memelihara* _*Agenda Borneonisasi*_ sepertimana yang terkandung dalam Perkara 20.

_*CC*_

5 comments

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.