MCA dan MIC Tidak Pedulikan Zahid Kekal Bersama PN

Kalau ini bukan tamparan Jepun, entahlah. Memang tebal kulit Zahid ni.

Remeh remeh MCA dan MIC pun berani melawan keputusan abang besar, Presiden UMNO yang bertindak meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional.

Dua parti kompenan ini dengan tegas menyatakan mereka akan kekal bersama Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tidak boleh kah pendirian MCA dan MIC ini dijadikan kayu ukur, bahawa ternyata langkah meninggalkan Perikatan Nasional kebijakan yang salah, bila bila bertukar menjadi mimpi yang ngeri.

Jangan sampai sama dengan parti Warisan sudahlah Zahid. Baru dua tahun setengah menjadi kerajaan negeri sudah ditendang oleh pengundi Sabahan. Menunjukkan betapa pengundi amat membenci parti yang kuat berpolitik.


Malaysiakini

Gesaan Zahid tak diendah – MCA, MIC kekal bersama k’jaan PN

Diterbitkan 8 Jul 2021, 2:11 pmDikemaskini 2:24 pmA+A

Rakan-rakan Umno dalam komponen BN tidak akan menyokong keputusan Majlis Tertinggi Umno semalam yang mengumumkan akan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, mereka merancang untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin sehingga pilihan raya umum berikutnya.

Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon berkata penarikan sokongan Umno tidak mengubah pendirian partinya.

“Kecuali BN membuat keputusan baru dan rasmi, MCA akan terus menyokong PN sehingga pilihan raya berikutnya, sesuai dengan keputusan BN sebelum ini,” katanya, petik Free Malaysia Today.

Laporan FMT itu juga memetik Presiden MIC S Vigneswaran yang tidak berapa mengambil endah gesaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi supaya Muhyiddin mengundurkan diri.

“Umno sebuah parti yang matang, mereka pun tahu… dulu ketika memerintah banyak kali desakan oleh pembangkang supaya perdana menteri mereka berundur, mereka tak buat pun sebab mereka tahu itu hanya desakan,” katanya.

Gambar fail, Presiden MIC S Vigneswaran.

Vigneswaran juga berkata Zahid seharusnya meminta semua menteri parti itu meletakkan jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) terlebih dahulu, berbanding mendesak Muhyiddin berundur.

Semalam, Zahid berjaya mendapatkan mandat Majlis Tertinggi Umno, yang majoriti dikuasainya, untuk menyokong keputusan untuk menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Pun begitu, Zahid tidak mempunyai kawalan majoriti terhadap 38 ahli parlimen Umno, yang kebanyakannya berpihak kepada Naib presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob dan bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein.

Semalam, Muhyiddin melantik Ismail sebagai timbalan perdana menteri dan Hishammuddin sebagai menteri kanan untuk menenangkan Umno daripada keluar kerajaan PN.

Ismail dan Hishammuddin telah mengumpulkan ahli parlimen Umno untuk menghalang cubaan terdahulu Zahid untuk keluar PN.

Namun, dengan majoriti empat kerusi Muhyiddin, Zahid masih dapat menjatuhkan kerajaan PN jika hanya segelintir sahaja daripada 38 ahli parlimen Umno bersamanya.

Berikutan pengumuman Zahid, sebahagian besar ahli parlimen belum membuat pengumuman sekiranya mereka akan mematuhi keputusan parti itu atau kekal dengan kerajaan PN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: