Buka Banyak PPV Bantu Capai Imuniti Kelompok

TAWAU : Penubuhan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mampu mempercepatkan sasaran imuniti kelompok di negeri ini.

Terdahulu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor memberi jaminan akan membuka lebih banyak PPV sebagai usaha untuk mencapai angka sifar COVID-19 di Sabah.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pihaknya optimis usaha kerajaan negeri itu seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri akan mencapai matlamatnya.

“Selain itu, dengan adanya program outreach vaksin COVID-19 di luar bandar mampu melancarkan proses vaksinasi kepada semua penduduk di negeri ini,”katanya.

Katanya, pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas ketika ini juga sedang giat turun padang dan membantu penduduk terutamanya di kawasan Apas mendaftar suntikan vaksin berkenaan.

“Saya sendiri sudah mengarahkan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Apas untuk menjalankan kempen pendaftaran vaksinasi di kawasan kampung luar bandar.

“Saya harap semua pihak termasuk sektor swasta bersama-sama membantu kerajaan dalam program vaksinasi ini agar tiada rakyat yang akan tercicir.,”katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata semua masyarakat tidak perlu takut dan ragu terhadap suntikan vaksin ini.

“Vaksin yang diberikan oleh kerajaan sudah diakui selamat untuk manusia, manakala golongan ilmuan agama juga mengharuskan pengambilan vaksin berkenaan.

“Saya menyeru kepada semua masyarakat di daerah ini supaya tidak terpengaruh dengan golongan anti vaksin yang menyebarkan berita tidak betul berkaitan vaksin,” katanya.

Dalam pada itu, Nizam berkata pihaknya yakin program Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini akan berjaya dilaksanakan.

“Pelan tersebut dilihat lebih tersusun dalam memulihkan negara daripada pandemik COVID-19 dan akhirnya kita dapat kembali menjalani kehidupan harian seperti biasa,” katanya.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.