
SIARAN AKHBAR 13 Jun 2021
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengumumkan rombakan kepada Jawatankuasa Pemantauan Dasar Korporat dan Tadbir Urus untuk mengukuh dan meningkatkan bidang pengurusan korporat semua Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Polisi peningkatan ini termasuklah menguatkuasakan terhadap semua ketidakpatuhan terhadap arahan arahan kerajaan.
Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri, berkata jawatankuasa akan di kawal selia oleh Kementerian Kewangan yang mana termasuk semua aspek pengurusan korporat terhadap kemungkinan salah laku termasuklah kelulusan meragukan suatu jawatan atau penubuhan anak syarikat baru d dalam BBN dan GLC, pemantauan dan sebarang sekatan gaji serta elaun kepada semua pengurusan penting BBN dan GLC.
Katanya, jawatankuasa itu akan memantau semua pengurusan kewangan BBN dan GLC secara teliti terutama sekali yang membabitkan pengunaan sumber sektor awam, dan menambah dia akan memastikan semua ketua yang dilantik
melakukan kerja dengan intregiti dan kepatuhan kepada undang undang serta pengurusan.
Ketua Menteri juga berkata jawatankuasa itu akan meneliti semua cadangan BBN dan GLC untuk kelulusan bagi memastikan pengukuhan pengurusan korporat, keberkesanan operasi,kemampanan prestasi kewangan dan kemampuan pengarah masing masing.
“Kerajaan negeri akan memastikan kadar ketelusan yg tinggi dan kadar akauntabiliti di dalam pengurusan operasi semua BBN dan GLC di Sabah memandang initistif ini sebagai sesuatu yang mustahak.
“Kami mahu memastikan kestabilan kewangan jangka panjang, daya maju komersial untuk pulangan pelaburan; dan amalan korporat terbaik.
Pejabat Media dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri, Aras 31, Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Jalan UMS, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
“Ini untuk mengingatkan badan-badan berkanun dan GLC negara bahwa mereka berkewajiban untuk membuat dan menghasilkan nilai pemegang saham / pemegang saham sebagai bagian dari rancangan pemiagaan dan tanggungjawab korporat mereka, untuk terus maju ke hadapan,” katanya.
Hajiji berkata, ini adalah antara langkah yang diperlukan untuk memperkemas dan mengutamakan usaha dan inisiatif untuk mencapai agenda pembangunan kerajaan.
“Adalah mustahak untuk BBN dan GLC terus bersaing secara komersil di dalam krisis termasuk kesan ekonomi yang disebabkan oleh cabaran seperti pandemiki Covid-19 yang berterusan dan berpanjangan,” katanya.
TAMAT
Memang sewajarnya pun sebab kluster Warisan masih ramai yang bergayut dan mereka ini yang sebenarnya bertanggungjawab menggagalkan visi dan misi kerajaan GRS.
Bayangkan arahan pihak atasan pun mereka buat tidak tahu. Tujuan mereka tidak lain supaya pentadbiran kerajaan GRS dinilai tidak pro aktif oleh masyarakat. Macam si palat palat saja. Alahai!
Masyarakat Sabah 100% maklum sebelum ini pentadbiran kerajaan Warisan, main lantik saja. Walaupun orang itu tidak kompeten yang penting rambut mereka terpacak dan sebelum itu pernah memegang bendera Warisan.