
Keterangan Tun Dr Mahathir itu secara tidak langsung dapat mencerahkan lagi kritikan admin keatas Ketua Wira Pusat Aziz Jamman.
Semalam admin mengkritik Ketua Wira Warisan pusat Aziz Jamman sebagai tidak berkredibiliti kerana gagal membaca kedudukan Ahli Ahli Parlimen dan sekiranya telaan admin keatasnya benar benar bermain di fikirannya.
Sebelum ini Aziz Jamman berharap cadangan mereka untuk mengadakan sidang Parlimen secara Konvensional diterima oleh Agong dan akan berlaku undi tidak percaya hingga kerajaan bertukar dan dia dilantik balik ke jawatan tertentu dalam kerajaan.
Cadangan mengadakan sidang Parlimen secara Konvensional asalnya datang dari Presiden Warisan Shafie Apdal.
Ternyata semua angan angan Warisan itu tidak akan terjadi.
Tun Dr Mahathir menerusi kenyataannya usai menghadap Yang Dipertuan Agong pada kelmarin. Menjelaskan dengan tuntas bahawa sebarang usul undi tidak percaya tidak akan membuahkan hasil kerna menurut Tun ada individu dalam kerajaan iaitu beberapa pemimpin pemimpin UMNO yang terpalit dengan tuduhan di Mahkamah, mereka ini tidak akan berani menarik sokongan atau menyokong mengundi tidak percaya.
Ini kerana sekiranya Kerajaan Perikatan Nasional jatuh maka mereka akan terkeluar dari kerajaan.
Sebaliknya jika bertahan dalam kerajaan Perikatan Nasional, mereka masih ada upaya memanipulasi isu untuk menonjolkan UMNO. Walaupun pada hakikatnya tidak semudah itu, kerana rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada mereka hingga merosakkan reputasi UMNO dan sehingga saat ini masih bergelut dalam usaha memancing balik kepercayaan rakyat.
Masalah yang sama juga dihadapi oleh Warisan. Dimana salah seorang Naib Presiden Warisan dan Naib Wira Warisan Bahagian Semporna sedang dibicarakan di Mahkamah kerana menyeleweng wang rakyat. Peguam peguam Warisan juga ada yang dibicarakan. Sebab itu kamu jangan hairan kalau ternampak kepimpinan Warisan macam ibu Kucing yang kehilangan anak dan meroyan. Memalukan kan, betul betul bikin malu kumpulan.
Dalam pada itu Tun Dr Mahathir berpendapat sebaiknya semua ahli Parlimen fokus pada isu Covid-19 bukannya sibuk dengan hal politik dan kuasa (lebih kurang begitulah).
Kerajaan Perikatan Nasional sebuah kerajaan rakyat.
- Pan Borneo: Munirah Jangan Lantang Menyerang Kerajaan Negeri Tapi Keliru Siapa Yang Lebih Bertanggungjawab, Sampai Lupa Seolah Olah Langsung Tiada Perkembangan
- Pan Borneo Sabah: Selepas Pembatalan PDP, Kenapa Paksa Kerajaan GRS Yang Bersalah?
- Pan Borneo Sabah: Kritikan Warisan Perlu Mengambil Kira Keseluruhan Sejarah Projek
- Felo SMJ Tapak Semaian Kepimpinan Masa Depan Sabah
- Pendedahan Ayob Khan: Cerita Di Sebalik Geng Upik Ditumpaskan (Siapa Pemimpin Politik Dari Semporna Yang Dikaitkan Dengan Upik?) Video)





















Leave a Reply