Sudah Berapa Peratus Ahli Warisan Mendaftar Sebagai Penerima Vaksin Hah! Junz Wong?

Merujuk kenyataan media Adun Tanjung Aru, Si Junz Wong. Dulu dia ni berjawatan Menteri Pertanian Negeri yang didakwa tidak berfungsi oleh masyarakat Sabah. Sama dengan Menteri Belia Negeri dari parti DAP juga didakwa tidak ada fungsi, hanya berkerja dan hidup di persekitaran puak mereka. Itu ketika mereka berjawatan dalam kerajaan.

Tapi sejak kerajaan mereka tumbang dan kini mambung, mereka hanya fokus pada usaha meraih undi, siapapun pengundi itu tanpa mengira status akan mereka jadikan kawan dan kononnya mangsa pemerintah. Persis perangai mangkuk bintang tiga.

Si Junz hari ini mempersoal progress suntikan vaksin di negeri Sabah yang dia dakwa sebagai kurang berbanding negeri negeri yang lain.

Benar tu Sabah ketinggalan di belakang Sarawak dan negeri negeri yang lain dalam soal daftar penerima Vaksin Covid-19.

Tetapi adakah bila kurang itu bererti gagal? dari mana dia belajar ni.

Boleh saja faktor yang menyebabkan kekurangan itu adalah disebabkan oleh sikap segelintir masyarakat itu sendiri yang kurang berminat untuk mendaftar sebagai penerima Vaksin. Justeru wajar kah orang lain punya kelemahan, orang lain atau kerajaan negeri pula yang dipersalahkan? Berfikir tu biarlah adil dan logik Junz Wong, alahai!

Jentera dan penyokong Warisan sudah mendaftar sebagai penerima Vaksin kah, memandangkan puak ini juga yang turut mengada-ngada menyebarkan propaganda kerajaan gagal. Boleh si Junz Wong selaku Naib Presiden Warisan memberikan jumlah ahli Warisan yang telah mendaftar sebagai penerima vaksin? sibuk sangat pasal hal orang, entah entah kekurangan itu datang dari kedegilan penyokong Warisan. Hahaha!

Sebelum si Junz Wong mengada-ngada, sibuk mengangkat isu ini. Kerajaan negeri Sabah telah pun mendapat beberapa jalan penyelesaian. Antaranya memberi kebenaran pada Klinik Klinik swasta untuk membuat suntikan vaksin.

Si Junz ni tahu juga kah yang Sabah lebih luas berbanding negeri negeri yang dia sebutkan itu. Sudahlah luas ditambah lagi dengan taburan penduduknya yang berselerak, lepas itu kebanyakannya mereka kurang mahir menggunakan jaringan teknologi. Nasib baiklah kerajaan Sabah GRS ini alert pada hal hal yang melibatkan kebajikan rakyat tidak seperti kerajaan Warisan sebelum ini asyik sibuk merasmikan kerja orang lain. Hemmm!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: