Propaganda “Kerajaan Gagal” Perosak Akal Anak Muda

Entah dimana lokasi kejadian ini. Tapi yang pasti berdasarkan maklumat yang tersebar kononnya anak muda ini sedang menyokong propaganda kerajaan gagal. Sebab itu mereka berkumpul dan sengaja mensesakkan jalan raya.

Admin tidak faham bab mana pula kerajaan Perikatan Nasional didakwa sebagai gagal. Adakah kerana penguatkuasaan PKP? Kalau ini alasannya memang kalian jenis orang yang mementingkan diri dan terlalu tamak.

Tidak ada kerajaan yang sempurna apalagi dalam hal mengawal covid 19.

Bukan hanya di Malaysia di negara maju seperti England pun ada rakyatnya yang keluar menunjuk perasaan kerana merasakan diri mereka telah dianiaya. Sedangkan tujuan kerajaan adalah untuk memastikan mereka terhindar dari Covid-19. Itu pun tidak melibatkan parti pembangkang berbeza dengan Malaysia. He!

Ada yang mendakwa perbuatan anak muda itu didorong oleh pemimpin UMNO atau Warisan seperti yang berlaku di Batu Pahat dan di Tawau baru baru ini. Betul kah? Kalau betul maka benarlah pemimpin Melayu yang terbabit sedang mendidik anak bangsa mereka supaya tidak menghormati undang undang. Eloklah tu supaya Cina DAP terus terbahak bahak melihat kebodohan. Iya lah kenapa tidak, sehingga hari ini tidak ada seorang pun anak muda Cina yang menunjuk perasaan kerana PKP.

Persoalannya mahu kah pemimpin yang menjadi dalang kepada propaganda. “kerajaan gagal ” dimana anak anak mereka terlibat dan berkelakuan seperti dalam video ini? Tidak kan. Nah itulah yang dimaksudkan, sanggup menjual bangsa demi kelangsungan parti atau politik mereka.

Sepatutnya melalui kerajaan PN yang memartabatkan konstitusi inilah pemimpin-pemimpin Melayu bersatu membenteras kegiatan yang tidak bermoral atau jenayah seperti pengedaran dadah dan sebagainya. Bukan sebaliknya tampak sanggup mengorbankan masa depan anak orang lain demi kepentingan parti. Mangkuklah!

Kesimpulan propaganda kononnya Perikatan Nasional adalah kerajaan gagal adalah pendustaan yang hanya merosakkan pemikiran dan sikap anak muda yang menjadi pewaris kepada negara ini. Sama juga dengan slogan malu apa bossku menyebabkan anak muda hilang rasa malu untuk melakukan kejahatan.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.