Patut Bung Lebih Ikhlas Menyatakan Siapa Yang Menyebabkan Sabah Mundur

Sepatutnya Bung Mokhtar lebih berani dan ikhlas ketika berterus terang dengan menyatakan dengan jelas siapa pemimpin Sabah yang dimaksudkan. Jangan pukul rata nanti mudah bagi pembangkang untuk menukarnya menjadi fitnah.

Sudahlah pembangkang di negeri Sabah ni macam orang yang sesat dan kehausan di gurun Sahara. Sekejap sekejap timbul bersama fatamorgana yang tidak masuk akal. Hahaha!

Jangan lupa Bung modal terbesar dan terbaik pembangkang di Sabah ialah menolak atau memburukkan UMNO. Jadi jangan lagi tambahkan modal mereka.

Semalam Bung Mokhtar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mendakwa. Yang menyebabkan Sabah ketinggalan atau mundur dari segi pembangunan berbanding negeri negeri lain adalah kerana pemimpin terdahulu yang mementingkan diri atau hanya pandai ambil madu.

Rentetan itu penyokong pembangkang telah membuat pelbagai andian jelek keatas kerajaan GRS.

Persoalannya, siapa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Bung tu?

Mungkinkah pemimpin itu ialah mereka yang kantoi menyalahagunakan kuasa dan sehingga hari ini dibicarakan di Mahkamah.

Siapa sebenarnya pemimpin itu, kabur bukan.

Sebab itulah sepatutnya Bung berkata begini. Sabah mundur sebab walaupun Persekutuan cuba bersikap adil terhadap Sabah dengan melantik Shafie Apdal sebagai Menteri KKLW dan mendapat peruntukan sehingga 6 bilion ringgit tapi Shafie gagal memanfaatkan jawatan sekaligus memajukan Sabah.

Begitu juga ketika menyandang jawatan Ketua Menteri Sabah, Shafie tetap gagal memajukan Sabah. Malah hanya dalam tempoh dua tahun setengah telah ada kroni dan kerabatnya yang dicekup dan dihadapkan ke Mahkamah kerana rasuah atau salah guna kuasa.

Mereka ialah si Peter Anthony Adun Melalap dan si Saifullah seorang Naib Wira Bahagian Semporna.

Ketika memegang jawatan Menteri KKLW. Beberapa orang kepercayaan dan kerabat Shafie disiasat dan sehingga hari ini masih dibicarakan di Mahkamah kerana kantoi menyeleweng dana pelaburan MARA.

Macam mana Sabah boleh maju kalau begini sikap pemimpin yang telah dipertanggungjawabkan. Terjun laut lagi bagus lah!

Semporna sendiri bha semasa Shafie memegang jawatan Menteri KKLW. Kemajuan apa yang boleh dibanggakan. Tidak ada, selain kroni dan kerabat terdekatnya yang hidup bersenang lenang. Berbanding kehidupan penyokong tegarnya, tampak semakin hari semakin susah pula. Sampai Ustaz Ebit Liew pun terpaksa turun padang memerhati dan membantu apa yang patut.

Bikinmalu saja tapi kalau kita dengar kenyataan pemimpin dan penyokong Warisan, bukan main lagi. Sabah for Sabahan kononnya.

Ahh, begitu caranya Bung, nyatakan dengan jelas nama dan perbuatan pemimpin yang menyebabkan Sabah kekal ditakuk lama.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.