UMNO Sabah Sokong Keputusan Tidak Kerjasama Dengan Bersatu

Sebaiknya Datuk Rahman Dahlan berterus-terang berhubung cadangannya kepada presiden UMNO, Datuk Zahid Hamidi. Dia mencadangkan biarlah UMNO Sabah berada dalam kerajaan negeri sehingga Pilihan Raya Negeri yang akan datang.

Bagaimanapun menurut Datuk Rahman Dahlan dari konteks Parlimen, mereka sebagai UMNO Sabah akur dengan sebarang keputusan yang dibuat dalam perhimpunan Agung UMNO 2020.

Antara lain keputusan yang telah diambil ialah memutuskan hubungan dengan parti Bersatu atau Perikatan nasional. Serta menarik balik kerusi yang dimenangi atas tiket UMNO walaupun hari ini menjadi milik Bersatu atau Perikatan Nasional.

Dalam erti kata Datuk Rahman Dahlan yang membahasakan dirinya sebagai UMNO Sabah bersetuju dengan keputusan memutuskan kerjasama dengan Bersatu. Titik!

Itu admin kata jangan berselindung, lebih baik berterus terang.

Kenapa Datuk Rahman Dahlan seolah-olah mengambil tugas Datuk Bung Mokhtar sebagai ketua UMNO Sabah. Bung sebelum ini telah pun menyatakan pendiriannya. Bahawa akan terus berkerjasama dengan Bersatu walaupun pada akhirnya tampak mengikut telunjuk UMNO pusat dalam hal memperkasa UMNO, sekaligus menyokong apa pun langkah yang dapat mendominasi Perikatan Nasional.

Ini kira dua-dua licik lah ni, satu licik di peringkat Parlimen yang satu lagi licik di peringkat negeri. Kah mereka ni saling bersaing menunjuk kehebatan masing-masing?

Datuk Rahman Dahlan sebelum ini ada membuat sidang media tergempar menolak kelayakan Datuk Bung Mokhtar sebagai ketua UMNO Sabah, kerana didakwa terpalit dengan tuduhan rasuah di Mahkamah.

Datuk Rahman Dahlan nampak benar opportunist lah. Sebab dia tahu akan menjadi Calon untuk Parlimen, walaupun terpaksa memakan kawan sendiri.

(Apa yang kita nampak disebalik kenyataan Datuk Rahman Dahlan itu, terbukti UMNO Sabah tidak akan bekerjasama dengan Bersatu)

Dalam pada itu mereka akan menggunakan segala jawatan dan prasarana yang ada di Sabah untuk memperkuatkan UMNO demi menenggelamkan Bersatu atau Perikatan Nasional. Inilah muslihat sebenar yang disembunyikan oleh Datuk Rahman Dahlan, pasti ini yang dibisikkan ke telinga Presiden UMNO. Betul tak?

Memperkatakan apapun spekulasi keatas orang atau pihak yang terdesak, kebiasaannya ada kebenarannya walaupun sukar untuk dibuktikan.

Rahman Dahlan memaklumkan dia dan Presiden UMNO telah berbincang selama 2 jam. Meminta kelonggaran dalam menentukan hala tuju UMNO Sabah. Walau bagaimanapun UMNO Sabah tidak bebas daripada arahan pusat.

Apa pula alasannya, benar apa yang dikatakan oleh Datuk Rahman Dahlan, mereka tidak akan bebas dari cengkaman UMNO berpusat. Bagus juga kalau sudah berani mengakuinya. Hahaha.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: