UMNO Perlis Rela Dibuang Jika UMNO Putus Kerjasama Dengan PPBM

Benar sangatlah pendapat ahli Parlimen Arau, Datuk Shahidan Kassim ketika mempersoal sikap UMNO yang mesti berubah mengikut zaman.

Tahun 90an dulu siapapun yang bertanding atas tiket UMNO akan menang tapi hari ini tidak lagi. Semua orang ada pendapat mereka yang tersendiri dan dynamic. Apa lagi hari ini semua orang ada handphone, boleh mencapai maklumat dengan begitu mudah.

Justeru itu kerjasama UMNO dalam Perikatan Nasional harus dipertahankan dan diperkasakan.

Sehingga pada satu tahap sekiranya selepas Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung pada 27 Mach ni. UMNO tetap meneruskan hasrat tidak bekerjasama dengan PPBM (Bersatu) dalam Perikatan Nasional. Maka ketika itu selaku pemimpin UMNO Perlis rela dipinggirkan atau dibuang daripada UMNO pusat.

Politik bukan emosi politik ialah meletakkan kemenangan di hadapan. Bukannya menjadi bahan permainan media, menghukum sebagai penyangak dan ejen. Walhal UMNO Perlis dan PAS macam adik beradik.

Untuk itu UMNO Perlis telah membuat ketetapan untuk bekerjasama dengan semua parti parti politik Melayu Islam dalam pilihan raya.

Menurut lagi Datuk Shahidan sebaiknya biarlah berlaku perundingan, dimana UMNO/BN bertanding PN tak bertanding. Begitu juga sebaliknya.

UMNO Perlis juga menyarankan agar UMNO terus bekerjasama atau menyokong PN dan dalam masa yang sama terus mencari kata sepakat.

Datuk Shahidan Kassim juga mempersoalkan hakikatnya yang bertanding bukannya UMNO tapi kenapa UMNO yang sibuk membuat keputusan dalam banyak isu berhubung kerjasama dalam Perikatan Nasional.

(Memang pun semua calon UMNO yang bertanding dalam pilihanraya menggunakan lambang dacing atau BN)

Lebih kurang begitulah kesimpulan yang kita boleh buat hasil temubual Datuk Shahidan Kassim dengan wartawan portal Malaysinow.

Menjadi tanda tanya kan kenapa tidak menggunakan logo UMNO? Secara peribadi kalau mereka menggunakan logo UMNO maka kemungkinan besar pengundi Sabah Sarawak akan menolak calon BN. ๐Ÿ˜…

One thought on “UMNO Perlis Rela Dibuang Jika UMNO Putus Kerjasama Dengan PPBM

Add yours

  1. Adakala pekara begini hanya rentetan drpd cluster toksikcovid yg punya kes di mahkamah..entah mcm mane nak kita katakan ..yg buat salah bukan dari rakyat biasa..inilah akibat terlalu lama parti politik yg dah ada dim’sia ini..sesama mereka ..bosanlah cakap hal ini..apa pun anna percaya tiap apa pun berlaku pasti akhirnya ada penamat yg baik..takat pok pek tak sudah..pasal mereka semua..diri kita pun punya masaalah ..bukan mereka nak ambil tahu peduli hal rakyat nie..anna lebih suka tiba masa..sekaligus anna sendiri akan soal mereka semua sebelum muktamad tarikh PRU 15 kelak..bukan pekara yg best pun..dgn buruk perangai Umno yg bertoksidcovid tuuhh..menyampah sungguh..

    AnnaAriff1972๐Ÿ˜

    Liked by 1 person

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: