62 KIR Mangsa Kebakaran Pulau Gaya Terima Sumbangan Negeri

KOTA KINABALU: Seramai 62 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya hari ini menerima sumbangan Kerajaan Negeri.

Setiap keluarga mangsa menerima sumbangan Wang Ehsan Kerajaan Negeri sebanyak RM500.00 dan bakul makanan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah menyerahkan bantuan itu di Dewan Serbaguna Sembulan, hari ini.

Hajiji berkata, kerajaan negeri bersimpati terhadap nasib yang terbabit dengan kebakaran tersebut.

Beliau berharap dengan bantuan yang diberi itu, dapat membantu meringankan sedikit beban keluarga mangsa kebakaran.

Bencana kebakaran yang berlaku di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya pada malam 11 Mac 2021 lalu, melibatkan 65 buah rumah.

Seramai 79 orang mangsa telah ditempatkan di 2 buah Pusat Penempatan Sementara (PPS), iaitu 58 orang di PPS Dewan Serbaguna Sembulan dan 21 orang lagi di PPS (Dewan Serbaguna Kampung Likas).

Mereka terdiri daripada 17 buah keluarga. 13 daripadanya adalah warganegara, manakala 4 keluarga adalah bukan warganegara melibatkan 5 orang lelaki dewasa dan 11 orang perempuan dewasa.

Manakala jumlah mangsa yang tidak berpindah ke PPS ialah seramai 295 orang melibatkan sebanyak 46 keluarga adalah warganegara dan 1 keluarga bukan warganegara.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Haji Ir. Shahelmey bin Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Wetrom Bahanda dan Datuk Abidin Madingkir, Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri Jabatan Ketua Menteri, Awang Shahminan Datuk Haji Ag.Sahari dan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Puan Noorliza Awang Alip.

-End.


Caption Gambar:


1. Hajiji menyampaikan bantuan kepada KIR mangsa kebakaran Kg Lok Urai.


2. Hajiji bertanya khabar seorang KIR mangsa kebakaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.