
Pagi tadi admin ada menulis pasal UMNO yang menolak untuk berkerjasama dengan PPBM menjelang pilihan raya umum yang akan datang.
Yang mengeluarkan berita asal berkenaan bukannya portal yang tidak ada identiti ataupun biasa-biasa tetapi merupakan portal Utusan Malaysia antara portal berita rasmi yang ada di Malaysia. Maksudnya kalau ada kandungan yang dilaporkan oleh portal ini berbau fitnah ataupun tidak benar maka pihak yang terbabit boleh memfailkan saman.
Dalam pada itu admin tetap bersikap sinis membayangkan UMNO adalah parti yang tidak konsisten atau flip flop. Maksud admin dakwaan kononnya UMNO menolak kerjasama dengan PPBM menjelang pilihanraya umum yang akan datang itu hanyalah pancingan semata-mata. Tidak akan jadi kenyataan.
UMNO Tolak Berkerjasama Dengan PPBM Pada PRU Akan Datang. Titik?
Justeru kalau ada yang tidak percaya bolehlah memotong jari mereka sebagai pertaruhan. He!
Sebentar tadi portal Berita Harian telah menerbitkan satu artikel bertajuk UMNO nafi tolak kerjasama dengan Bersatu, PN.
Berita Harian mengutip pernyataan dari Jabatan Komunikasi Strategik atau Penerangan UMNO Malaysia bahawa parti itu menegaskan sebarang kenyataan berhubung keputusan majlis kerja tertinggi MKT atau UMNO adalah tidak sahih melainkan ia datang daripada kenyataan resmi parti atau kepimpinannya. Maksudnya berita yang tersebar tadi pagi adalah tidak benar UMNO tetap bekerjasama dengan PPBM dalam Perikatan Nasional.
Namun begitu ada pihak yang mendakwa bahawa sebenarnya benar UMNO tidak lagi ingin bekerjasama dengan PPBM tinggal lagi ia hanyalah kehendak Presiden UMNO seorang. Tidak disokong oleh Ahli Majlis Tertinggi malah ingin berjuang bersama-sama PPBM dalam perikatan Nasional.
Mereka memberikan contoh seperti apa yang dipraktikkan di Sabah dimana UMNO dan PPBM bekerjasama sebagai Gabungan bagi mengelakkan pertembungan dalam pilihan raya.
Nampaknya suara Zahid selaku Presiden UMNO tidak diendahkan oleh Ahli-Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua-Ketua Bahagian. Petanda Zahid akan ditolak di pemilihan UMNO yang akan datang.
Tapi biarlah kali ini bukan lagi flip flop tapi akan direalisasikan dalam erti kata yang sebenarnya. Kerjasama yang ada nilai persahabatan tidak merendahkan kemampuan kawan dan yang paling penting mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional.
Ingat rakyat sedang menilai UMNO, bukan hanya dari sudut kekuatan tetapi jauh dari itu, adakah UMNO telah membuang sikap angkuh dan sanggup menerima kritikan. Soal salah guna kuasa atau penyelewengan yang sedang dibicarakan itu di luar kemampuan parti untuk membetulkannya. Tetapi benar-benar terletak di tangan rakyat, jadi serahkan pada mereka.
Kata cerdik pandai orang yang bermasalah tapi diberikan tanggungjawab untuk memutuskan sesuatu perkara maka hasilnya juga adalah masalah.