Kerajaan Negeri, Polis dan Esscom Tidak Pernah Larang UEL Masuk Ke Pulau Pulau Semporna

Kalau mengikut pembacaan admin tidak ada tu kaum atau etnik yang bernama palauh yang admin tahu hanyalah etnik Samah atau Samar (Bajau Laut), di Filipina tidak ada tu istilah palauh.

Dalam video, sekumpulan manusia yang berjaya di Islamkan oleh Ustaz Ebit Liew di Pulau Tatangan, mereka adalah etnik dari selatan Filipina yang bermastautin di provinsi Zamboagan mereka dipanggil orang Samboagan kalau di Semporna mereka tinggal di Kampung Halo.

Panggilan palauh hanya ada di Semporna yang bertujuan untuk mengeji atau merendahkan martabat Bajau Laut (bukan palauh)

Kami pembaca pun pelik, kenapa hanya di Semporna ada panggilan palauh sedangkan panggilan palauh tidak wujud di negara Filipina iaitu negara asal usul semua bangsa Bajau yang ada di Sabah, khususnya di pantai timur Sabah. Inilah buktinya panggilan palauh hanyalah bertujuan untuk merendahkan etnik Bajau Laut.

Semua etnik Bajau berasal dari Filipina dan bermastautin di sekitar Pulau Pulau atau Laut sekitar kepulauan Tawi Tawi.

Kalau dilihat dari kehidupan asal mereka tidak ada beza tu antara Bajau Laut dan Bajau Kubang, sama juga. Namanya juga Bajau.

Yang lucunya ada pula Bajau yang berasal dari selatan Filipina yang mengejek Bajau Laut dengan panggilan palauh. Lalu kami tertanya tanya siapa sebenarnya yang tulen dan awal menduduki perairan Sabah berbanding mereka. 🤔

Ini terjadi mungkin ada antara masyarakat picisan yang cuba meletakkan etnik mereka di atas etnik etnik yang lain walhal itu hanyalah persepsi atau keegoan mereka semata mata. Mereka lupa akhirnya juga kebenaran akan diketahui oleh generasi yang akan datang.

2 Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.