Jadi cadangan dari seorang dua pemimpin UMNO agar pilihan raya segera diadakan, apa cerita tu, bukan bangang kah?
Terkeluar segala kenaifan mereka antara lain yang tersembur hanya pemegang PhD yang memahami perlunya pilihan raya segera diadakan. Selain itu kenyataan, tidak ada sebab pilihan raya tidak boleh diadakan kerana hari ini pun rakyat keluar masuk ke supermarket atau pasar untuk berbelanja tetapi tidak pun dijangkiti covid 19.
Ada lagi, kenapa Malaysia tidak boleh menjalankan pilihan raya dalam tempoh covid19 walhal negara jiran Singapura boleh melakukannya. Ini juga kenyataan yang bangang dari beberapa pemimpin UMNO.
Nampaknya juga cadangan bekas Perdana Menteri Najib Razak agar darurat tidak dilaksanakan tapi cukup sekadar menguatkuasakan PKP tidak mendapat respon daripada Yang di-pertuan Agong. Almaklumlah Sultan lebih tahu apa yang dihadapi oleh rakyat jelata berbanding bekas Perdana Menteri Najib Razak yang tampak sejak kebelakangan ini terlalu berpolitik hinggakan hal yang paling remeh pun dijadikan senjata politik untuk merosakkan kerajaan Perikatan Nasional.