Pelan Pembangunan Lima Tahun Sabah, Realistik dan Strategik

Pelan pembangunan strategik lima tahun Kerajaan Negeri merupakan satu pelan realistik dan menyeluruh bagi merancakkan ekonomi serta meningkatkan kebajikan rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor berkata demikian semasa mendapat taklimat pelan pembangunan strategik Sabah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN) di PPNS di sini hari ini.

Menurut beliau pelan pembangunan bertemakan Sabah Maju Jaya yang akan dilancarkan tidak lama lagi akan mengambil kira pandangan serta input daripada pihak berkepentingan.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong, Ketua Pengarah JPAN Datuk Rosmadi Sulai dan semua setiausaha tetap kementerian.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading