Akar Umbi UMNO Tolak PPBM? šŸ‘Ž

Jentera akar umbi UMNO menolak PPBM. Apa cerita ni, alahai. Betul betul kah ni ya. Hahaha!

Admin tidak nafikan tampak gambar ini telah diedit tapi yang menyebarkan gambar ini adalah salah seorang Cybertrooper UMNO. Apa maknanya tu? gunting dalam lipatan.

Cuba berlagak licik cerdik tapi penyampaiannya bikin kesian, benar benar gagal kantoi.

Rupanya dalam diam UMNO sedang melancarkan serangan terhadap Perikatan Nasional atau PPBM.

Ini namanya lempar batu sembunyi tangan.

Ada dua tujuan gambar ini disebarkan. Satu, sebagai satu amaran terhadap PAS bahawa mereka tidak suka pada kerjasama mereka bersama PPBM.

Kedua ini merupakan serangan secara langsung ke atas PPBM bahawa kononnya akar-umbi UMNO tidak menyokong PPBM.

Kita sudah berada di tahun 202O tapi masih wujudkah jentera UMNO di peringkat akar umbi? Maksud admin sejauh mana juga pengundi percaya pada mereka ni. Memandangkan apa yang kita nampak, rakyat yang lebih cerdik daripada mereka. Hemmm!

Kalau ada kepercayaan lalu kenapa pada Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini UMNO kalah teruk malah ada yang kalah pada calon Bebas dan kemenangan calon UMNO rata-ratanya mendapat majoriti yang sangat tipis.

Ada jentera akar dan didakwa sangat ramai tapi keputusan pilihan raya negeri Sabah sangat sangat mengaibkan.

Untuk nota Sabah adalah antara negeri yang paling banyak Cawangan UMNO, kedua terbanyak selepas Johor.

Benar kata Tan Sri Rahim Thamby Chik UMNO telah berjaya indoktrinasi mindset ahli UMNO supaya setia dan taat kepada pemimpin, yang telah dilaksanakan sejak Merdeka dan diperketatkan lagi salepas era Tun Mahathir menjadi punca wujudnya kesetiaan dan ketaatan ahli yang mengiler kepada pemimpin sehingga berakar umbi, melampaui batas ketaksufan. Pengamal komunis yang memiliki sistem indoktrinasi minda dan jiwa yang lebih crude dan brutal pun adakalanya menerima hakikat bahawa pemimpin yang telah menjadi penjenayah dan pengkhianat mesti dihukum.

UMNO telah berjaya mendoktrin pemikiran ahli mereka hingga gagal membezakan antara kepentingan parti dan kepentingan negara bangsa. Pokoknya apa pun yang dilakukan oleh pemimpin mereka itu bukan menjadi soal yang penting ada walah hingga ke lubang cacing.

Namun admin yakin provokasi maya ini sikit pun tidak menggugat semangat pemimpin dan penyokong PPBM dan PAS untuk terus berkerjasama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.