Khaled Dengarkan Amaran PAS Ini Tidak Ada Parti Yang Dominan

Umum tahu faktor yang menyebabkan UMNO tumbang pada pilihan raya yang lepas adalah kerana skandal rasuah yang telah memalitkan beberapa pemimpin utama UMNO. Selain keangkuhan beberapa pemimpin UMNO bilamana mereka cuba menegakkan benang yang basah.

Ironinya sehingga hari ini pemimpin UMNO itu masih bergelut dengan tuduhan rasuah mereka di Mahkamah dan bilangan pemimpin UMNO yang angkuh nampaknya semakin hari semakin bertambah mungkin didorong oleh kemenangan mereka di beberapa PRK.

Sepatutnya mereka banyak-banyak bersyukur dengan apa yang ada, iyalah mana mungkin sebuah perjuangan yang kalah dalam proses demokrasi tapi boleh sama membentuk kerajaan.

Tapi kekalahan dan pandangan sinis rakyat terhadap sikap mereka masih belum mampu mengubah sikap dan cara berpolitik sebahagian besar kepimpinan UMNO. Seolah olah bukan pandangan itu yang menyebabkan mereka ditolak sebab itu semakin syok sendiri.

Kamu ingat fakta ni, alahai.

Sepertimana dakwaan terbaru Naib Presiden UMNO Khaled Nordin. Bahawa mereka yang mendakwa tidak perlu ada parti Melayu yang dominan adalah mereka yang gagal memahami hakikat politik Nasional, tidak sensitif dan malas berusaha.

Justeru itu UMNO boleh mendominasi dengan kerjasama penuh daripada PAS. Pula, admin ingat boleh terbang tinggi tanpa bantuan kawan.

Sebelum ini setiausaha PPBM Pahang Saifudin Abdullah menyatakan tidak timbul isu parti mana yang lebih dominan sekiranya PPBM PAS dan UMNO bergabung bagi menghadapi pilihanraya umum yang ke-15.

Dimana salahnya kenyataan Saifuddin Abdullah itu? Bukan kah kenyataan itu berupa saranan atau nasihat untuk orang Melayu bahawa jika ingin mendominasi politik Semenanjung Malaysia maka PPBM PAS dan UMNO wajib bersatu hati.

UMNO ni ada saja yang tidak kena. Semualah bercanggah dengan “kedaulatan” UMNO, walhal kuasa yang tersisa itu datang dari ehsan rakan rakan dalam Perikatan Nasional.

Tiada gunanya UMNO berlagak hero keatas PPBM selagi rangkanya PAS yang pegang. Baru baru ini PAS telah beristifar bahawa mereka tidak akan meninggalkan Bersatu hanya kerana UMNO.

Malah petang tadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Ustaz Mokhtar Senik telah menegaskan bahawa dari sudut pilihan raya tidak ada parti yang kuat atau dominan apa itu UMNO, PAS dan PPBM jika bersendirian kecuali ada diantara mereka yang berkerjasama dengan Pakatan Harapan.

Justeru itu menurut pemimpin PAS berkenaan cukuplah melayu-muslim berpecah ada pun Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional kena dipertahankan.

Jadi pada Khaled Nordin nampak sudahkah ketegasan PAS itu? PAS kata tidak ada parti yang dominan termasuklah parti UMNO, diharap selepas ini sedar-sedarkan parti tu sikit.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: