Asyraf Ajak Muhyiddin Kembali Kepada UMNO Cakap Kosong

Kita tahu dan faham kenapa Ketua Pemuda UMNO Malaysia Asyraf tiba tiba menganjing mengajak Tan Sri Muhyiddin Yassin balik ke pangkuan UMNO bagi konon mengelakkan perpaduan Melayu atau penyatuan ummah hanya sekadar retorik.

Kenyataannya itu susulan ucapan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di perhimpunan Agung Bersatu kali ketiga yang diadakan secara maya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya membayangkan alangkah baiknya jika semua pemimpin Melayu di negara ini dapat bersatu dalam sebuah jemaah yang besar. Berbanding berpecah-belah dalam kabilah-kabilah kecil yang hanya melemahkan Melayu.

UMNO lah dimaksudkan tu siapa lagi. Hanya UMNO yang diketahui suka memainkan sentimen bangsa demi kelangsungan mereka. Tapi nampaknya kian hari semakin ramai pula orang Melayu yang menyokong DAP. Entah di mana silapnya mungkinkah Melayu ini semakin cerdik tidak lagi senang diajak bermain dengan sentimen bangsa kaum dan sebagainya.

Tambah Presiden Bersatu sekiranya pemimpin pemimpin Melayu hanya memikirkan kepentingan kabilah dan kelompok mereka maka selama-lamanya Melayu akan berpecah.

Tapi gesaan itu dianggap ancaman oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Justeru itu dia membuat gesaan balas dan melihatnya dari luar konteks tuntutan penyatuan itu sendiri. Macam mana tu. He!

Kata Ketua Pemuda UMNO berkenaan, memandangkan UMNO dan PPBM mempunyai ideologi yang sama. Maka sebaiknya Tan Sri Muhyiddin balik kepada UMNO. Maklumlah dari rahim yang sama.

Sememangnya UMNO dan PPBM mempunyai ideologi yang sama begitu juga dengan parti PKR DAP, Amanah dan lain-lain iaitu ideologi demokrasi. So tidak timbul persoalan dari rahim yang sama kerana politik adalah politik dan parti adalah parti semata-mata.

Pada pilihan raya negeri Sabah baru-baru ini ramai calon dari Perikatan nasional yang asalnya daripada UMNO tetap mendapat kemenangan yang besar.

Jadi tidak timbul persoalan idealisme hakikatnya semua parti di Malaysia ini mempunyai ideologi yang sama yang membezakan mereka di mata rakyat ialah adakah mereka diterima oleh rakyat dan tidak terpalit skandal yang melibatkan wang rakyat.

Dalam erti kata lain oleh kerana UMNO terpalit dengan tuduhan rasuah di Mahkamah maka sudah tentulah UMNO tidak lagi layak mengetuai agenda bangsa Melayu.

UMNO tumbang pada pilihanraya yang lepas pun kerana skandal salah guna kuasa menyebabkan hilangnya kepercayaan rakyat terhadap beberapa calon daripada UMNO malangnya sehingga hari ini pemimpin-pemimpin yang terpalit berkenaan belum berjaya membersihkan nama mereka.

Sebaliknya UMNO wajar dengan penuh rendah diri menyahut gesaan Presiden PPBM agar semua pemimpin-pemimpin Melayu berjuang bersama Perikatan Nasional.

Ajakan Ketua Pemuda UMNO itu hanyalah cakap kosong dan retorik semata-mata.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.