UMNO Jangan Syok Nak Bertanding Banyak Kerusi. Boleh Menang?

Kenyataan terbaru Menteri Wilayah merangkap Setiausaha Agung BN Annuar Musa memang ada kebenarannya dan semacam sudah menjadi zikir setiap kali admin mengkritik kenyataan dari beberapa pemimpin pemimpin UMNO yang masih tidak sedar diri dan tidak bersyukur. Bila mana mereka tidak sudah-sudah mengkritik kemampuan kerajaan Perikatan Nasional atau kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia.

Pertama-tama sekali suka admin menjelaskan kedudukan yang sebenar-benarnya. Bahawa yang mengancam parti Warisan di Sabah hingga memaksa presidennya membubarkan DUN ialah kumpulan Tan Sri Musa Aman dan Datuk Haji melalui PPBM.

UMNO sendiri mengakuinya bahawa mereka tidak terlibat dan tidak dilibatkan. Itu adalah fakta ok.

Walaubagaimanapun bila berlaku pengagihan kerusi diantara parti parti pembangkang pada waktu itu, UMNO pula yang melebih-lebih berlagak abang besar.

Tuntutan UMNO Sabah agak mengada-ngada dan pahit untuk ditelan tapi atas nama kerjasama dan matlamat untuk mendapatkan kemenangan akhirnya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada PPBM, PBS, STAR SAPP dan PBRS akur pada tuntutan berkenaan.

Maka UMNO (BN) pun mendapat 41 kerusi malangnya bila keputusan PRN Sabah diumumkan UMNO hanya mendapat 14 kemenangan. Tidak sampai separuh dari 41 kerusi yang mereka tamakkan.

Lagi malang dan mengaibkan bolehnya calon UMNO kalah kepada calon Bebas. Nampak benar UMNO mulai ditolak secara beransur-ansur oleh rakyat Sabah.

Keberadaan itulah yang dimaksudkan oleh Menteri Wilayah Datuk Annuar Musa bahawa UMNO perlu memikirkan peluangnya untuk menang sebelum meminta PAS dan PPBM memberikan lebih banyak kerusi kepada UMNO pada pilihan raya umum yang akan datang.

Ujarnya, saya fikir semua faham UMNO akan bertanding kerusi paling banyak tetapi UMNO kena tanya jangan fikir soal nak banyak kerusi saja, bolehkah kita menang banyak?

Biar admin jawab dari konteks Sabah kalau UMNO bertanding di Parlimen di mana DUN DUNnya diwakili oleh Warisan memang menangis tapi kalau GBS ada cerita boleh ketawa. Al sebab itulah UMNO harus menunjukkan sikap setia kawan pada parti-parti yang ada dalam Perikatan Nasional atau Gabungan Rakyat Sabah (GBS).

Jangan lagi berlagak abang besar, haram tiada seorang pun yang seram. Contohi kesimpulan Annuar Musa beliau bercakap apa adanya dengan harapan rakyat dapat melupakan kelemahan atau kegagalan UMNO sebelum ini.

Kalau ada yang mahu tahu propaganda yang paling ampuh di Sabah ialah anti UMNO apa lagi sejak kebelakangan ini pemimpin-pemimpin UMNO sering mengeluarkan kenyataan yang hipokrasi seperti mempolitikkan poket rakyat, berlagak suci sangat, macam saja rakyat tidak tahu.

2 comments

  1. Masihkah pemimpin2 Umno seperti Razaleigh Hamzah, Shahril, Fuad dan lain2 bermimpi yang majoriti rakyat terutama kaum Melayu masih sayangkan Umno? Tidakkah mereka terfikir kenapa Umno/BN kalah pada pru14 dulu dan masihkah Umno percaya faktor utama kerana kampen dan persepsi buruk puak PH? Kenapa Umno tidak ambil berat nasihat Timbalan Presiden Muhamad Hasan semasa bertungkus lumus memberi nafas kecemasa sebaik saja Zahid meninggalkan Umno terkapai2 selepas dimalukan pada pru14 dulu? To Mat sendiri mengungkit kelemahan dan sifat2 buruk pemimpin2 Umno selama memerintah, sombong, bongkak, besar diri dan tidak boleh ditegur sedikit pun!! Bila kalah Umno jadi seperti ikan sembilang kena karbait, tercungap2 nak bernafas, baru nampak keperluan berbaik2 dengan Pas. Baru menang dua tiga kerusi dalam pilihanraya kecil dengan bantuan Pas, sikap dan perangai lama kembali muncul dan berlagak besar. Umno jangan sibuk menyangkakan 3 juta ahli masih setia, jangan nanti ternganga kalau mendapati lebih separuh ahli cuma tinggal nama dalam senarai tetapi sudah beralih menyokong Pas atau BERSATU !!

    Liked by 2 people

    1. yang bising-bising dlm umno tu org yg sama aje, yg ada masalah dgn sprm dan mahkamah dan org yg kalah dlm pru 14 yg lalu, org macam inilah cakap bergegar-gegar nak tunjuk hebat konon. jgn risau rakyat akan menentukan sekali lagi nasib mereka jika mereka bertanding lagi dlm pru15 nanti

      Liked by 2 people

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.