Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor mengingatkan atau memberikan amaran keras kepada petugas di semua daerah di seluruh negeri yang lambat atau gagal menyampaikan bantuan makanan yang diperlukan oleh orang-orang yang terkena Covid-19.
Justeru beliau telah mengarahkan Setiausaha Negeri agar memantau proses pengedaran makanan dengan teliti bagi memastikan bekalan makanan sampai ke sasaran.
Ketua Menteri menegaskan demikian pada mesyuarat jawatankuasa keselamatan negeri khas yang dihadiri oleh Komander Bahagian Infantri ke-5, Mejar Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Komander Armada Timur, Syed Zahrul Putra Syed Abdullah, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, Komander ESSCom, Datuk Ahmad Fuad Othman dan Ketua Cawangan Khas Sabah, Mohd Salleh Yahya.

Turut hadir ialah Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Samsuni Mohd Nor dan Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Christina Rundi.
Dalam pada itu Ketua Menteri Datuk Hajiji memuji semua agensi keselamatan kerana berjaya mengawal keselamatan di sempadan negeri. Walau bagaimanapun beliau mengingatkan bahawa langkah yang lebih teratur dan cekap melalui agensi keselamatan di sempadan negeri perlu sentiasa diperbaiki atau berwaspada bagi memastikan tidak ada pencerobohan warga asing yang mampu memburukkan lagi wabak di negeri ini.
Sebagai tanda terima kasih dan penghormatan kepada semua barisan hadapan. Datuk Hajiji memuji mereka kerana berjaya mengurus wabak itu dengan baik dan beliau ingin melihat kerjasama diantara negeri dan persekutuan berterusan bagi menangani keadaan di negeri Sabah.
Dalam pada itu beliau akan melihat situasi semasa bagi tujuan meringankan perintah kawalan pergerakan sehingga perniagaan dapat beroperasi semula.
semoga segalanya akan terus dipermudahkan urusan nya..beritahu pada Abg Hajiji..kiranya boleh ..minta Armada serta SriKandi urus bersama ttg hantar bantuan pada kawasan msg msg..namun kira PKPD atau tesco ..rela dgn KKM ..Polis ATM yg boleh tolong hantar bantuan makanan pada rakyat..apa pun syukur alhamdulillah..kami (Federal) cepat sampai ke Sabah..TQ to DG TS Dr Noor Hisham..peka ttg hal di Sabah..anna betul marah kat Safie Afdal..cuai sungguh..dah tu nak salahkan kita pulak..π
LikeLiked by 1 person