Kejujuran Politik Apa Lagi Puad Zarkashi

Untuk kesekian kalinya UMNO mengkritik kerajaan Perikatan Nasional melalui AJK UMNO, Puad Zarkashi.

Sebentar tadi Puad Zarkashi mengkritik kerajaan Perikatan Nasional seperti dibawah. Kononnya!


SELAGI TIADA KEJUJURAN POLITIK?

Ramai yang bertanya kenapa UMNO mengadakan Mestuarat MKT dua kali dalam masa seminggu.

Ia berkaitan “Kejujuran Politik”. Bila tiada kejujuran, maka mesyuarat segera wajar dibuat demi mengelak syak wasangka, sabotaj dan politiking.

Sebab itu apabila YDP Agung menasihatkan semua pihak hentikan politiking. Tuanku tahu nasihat darurat  berkaitan dengan kejujuran politik bukan isu COVID-19 semata mata.

Ada pihak mempersoalkan kenyataan terbaru Muhyiddin kerana baru sekarang cuba merasionalkan kenapa darurat perlu. Apakah perlu darurat untuk mengelak PRN Sarawak dan PRK Batu Sapi?

Kalau ada “kejujuran politik” sudah tentu Menteri Menteri UMNO tidak dibelasah dalam “Zoom Cabinet Meeting” Rabu lalu.

UMNO jadi sasaran kerana Menteri UMNO menyokong keputusan Majlis Raja Raja yang menolak peristiharan darurat. Kononnya Menteri UMNO tidak mengamalkan “collective responsibility”.

Itu sebabnya Biro Politik UMNO cadangkan terma baru dan hitam putih. UMNO mahu hubungan dalam Kerajaan PN berasaskan konsensus parti dan kejujuran politik.

Pengalaman pahit di Sabah banyak mengajar. Apabila tiada kejujuran politik maka politiking berterusan.

Isu jawatan Timbalan Perdana Menteri menjadi sukar kerana tiadanya kejujuran politik. UMNO memang wajar diberi peranan jawatan TPM. UMNO tidak perlu apalogatik dan takut dituduh gila kuasa.

Dalam berniaga mesti ada profit sharing. Apatah lagi jika ada pihak yang menyediakan modal yang lebih besar. Mana adilnya kalau keuntungan dibahagi 80-20.

Esok Parlimen bermula. Usul undi tidak percaya tidak berbangkit. Fokus sekarang ialah Bajet 2021. Dalam perutusan khasnya semalam Muhyiddin merayu ketepikan perbezaan politik dan utamakan rakyat.

Muhyiddin tidak perlu berdolak dalik. Kalau ada “Kejujuran Politik” pasti ia akan diluluskan. Bola ditangan Muhyiddin.

Justeru menjadi tanggungjawab Muhyiddin menerima pandangan semua pihak termasuk pembangkang. Jika perlu dipinda kena pinda. Ia menuntut kejujuran politik.

Antara tuntutan popular rakyat ialah sambung balik moratorium automatik dan pengeluaran dari akaun 1 KWSP. Pembangkang pula menuntut dilaksanakan Confidence and Supply Agreement.

Jika tidak dilayan, politiking berterusan. Kerajaan 113 terus tidak stabil. Rakyat menjadi mangsa. Puncanya, tiada kejujuran politik.


Kejujuran politik apa gamaknya yang dimaksudkan oleh Puad Zarkashi itu. Adakah kerana UMNO kalah kepada calon bebas di pilihan raya negeri Sabah baru baru ini? Justeru yang salah adalah Perikatan Nasional bukannya pengundi. Adakah Puad beranggapan orang Sabah boleh mati kelaparan dan tidak berakal tanpa UMNO. Alahai!

Orang Sabah cerdik pandai dan tahu hak mereka sebagai pemilih lah wahai Puad.

Puad Zarkashi/UMNO ni tidak habis-habis menyalahkan PN rentetan kekalahan mereka di Pilihan Raya Negeri Sabah.

Kegagalan UMNO meraih separuh kerusi daripada keseluruhan kerusi yang ditandingi. Bukannya salah siapa-siapa wahai Puad Zarkashi tetapi orang Sabah yang mulai menolak UMNO.

Puad Zarkashi lupakah siapa yang menumbangkan kerajaan Warisan. UMNO tidak terlibat langsung tau tetapi bab pengagihan kerusi UMNO pula yang melebih-lebih.

Habis itu kejujuran apa lagi yang kau tuntut?

Berkaitan jawatan Ketua Menteri Sabah. Hal ini telah pun dijelaskan oleh Annuar Musa, bahawa UMNO sendiri yang tidak berani menamakan Bung Mokhtar sebagai calon Ketua Menteri Sabah. Oleh kerana itu Perikatan Nasional menamakan Datuk Hajiji sebagai calon sekiranya berjaya menumbangkan Warisan.

Adakah UMNO yang jujur sedangkan dalam diam cuba berlaku khianat dengan DAP dan Anwar bagi menyingkirkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kejujuran apa lagi?

2 thoughts on “Kejujuran Politik Apa Lagi Puad Zarkashi

Add yours

  1. sudahnya ..aku ikat PN serta keseluruhan MP MP yg berada di kabinet krjn mahupun parlimen dgn kuasa krjn persekutuan Putrajaya bersama YDPA serta Majlis Raja Raja..dgn seruan ini ‘Khidmat Negara..OSA 1972..selagi mereka berkhidmat di PN..mereka tidak boleh diusik oleh sesiapa pun malah parti mereka juga di larang memecat atau apa saja perbuatan selagi mereka dalam khidmat negara yg dijamin oleh krjn persekutuan Putrajaya
    mana kamu mahu..terjamin aman sentosa oleh krjn atau serabut sengal ttg parti msg msg..sudahlah PN score point hebat..PH pun tak boleh kejar..lagi serabut sengal gara gara politik mati aja..kecuali PNPPBM aja hidup panjang umur..alhamdulillah syukur 😊

    Liked by 2 people

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: