Bantuan RM100 Asnaf, RM500 Pekerja Fardu Kifayah – Menteri Tugas Tugas Khas

Seramai 9,600 golongan asnaf fakir akan diberi bantuan ‘one-off’ sebanyak RM100 membabitkan peruntukan RM960,000 bagi mengurangkan beban susulan pandemik COVID-19.

Menteri Tugas Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, berkata sudah kerajaan negeri bersetuju memberi bantuan itu untuk golongan terbabit.

Pusat Zakat Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bersetuju memberi bantuan khas tambahan ‘one-off’ RM100 babitkan 9,600 penerima bantuan bulanan (asnaf fakir) membabitkan peruntukan RM960,000.

“Kita juga memberi bantuan ‘one-off’ sebanyak RM500 kepada pekerja fardu kifayah yang menyelenggara jenazah. Bantuan sebanyak RM1.3 juta juga diberikan kepada pihak hospital yang memerlukan bantuan dari sudut keperluan mereka dengan segera bagi menangani pandemik COVID-19.

“Pihak kita akan maklumkan kepada golongan penerima kerana baru minggu ini kita memutuskannya,” katanya ketika ditemui pemberita ketika membuat tinjauan keadaan hakisan dan tanah runtuh di lereng bukit jalan menuju ke Masjid Al Falah Kepayan di sini, hari ini.

Turut hadir mengiringi beliau, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Saifulzaman Sangul; Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Ali Ahmad Hamid dan Pengerusi Masjid Al-Falah Kepayan, Abdul Malex Chua.

Selain itu, Mohd Arifin menjelaskan untuk jangka panjang, pihaknya akan mendapatkan peruntukan daripada kerajaan negeri untuk mengukuhkan struktur masjid dan membina tebatan lereng bukit.

“Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) menganggarkan RM2 juta diperlukan untuk membina tebatan lereng bukit di sekeliling tapak bangunan masjid ini.

“Ahli jawatankuasa masjid perlu merujuk kepada MUIS dan JHEAINS selaku tuan punya masjid dan tanah itu.

“MUIS dan JHEAINS mempunyai bidang kuasa terhadap masjid, surau, sekolah agama negeri seluruh Sabah. AJK masjid perlu mendapat persetujuan mereka yang akan membuat penilaian sebelum sesuatu perancangan dapat diteruskan,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: