Ketua Menteri Bebas Covid 19 dan Dibenar Keluar Wad

KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor yang telah pulih daripada Covid-19, dibenarkan keluar dari Wad Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu, pagi tadi.

Turut dibenarkan pulang ialah isteri beliau, Datin Seri Panglima Hajah Julia Salag.

Hajiji yang bimbang dengan peningkatan jumlah kes Covid-19 di Sabah berkata, Kerajaan Negeri akan berusaha sedaya upaya untuk membendung penularan wabak itu.

“Yang penting ialah rakyat mesti berdisiplin, bekerjasama dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan”, katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Christina Rundi, Pengarah Hospital QEH 1, Dr. William Gotulis, Ketua Unit Penyakit Berjangkit, Dr. Lee Heng Gee, doktor-doktor pakar dan para jururawat yang telah merawatnya dan isteri.

Hajijj turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua khusunya mereka yang sentiasa berdoa untuk kesembuhan dan kesihatan beliau dan juga para petugas barisan hadapan (frontliners) yang bertungkus lumus mengorbankan masa dan tenaga dalam membendung penularan wabak Covid-19.


Alhamdulillah berkat doa rakyat Sabah.

One Comment

  1. Annaariff1972 πŸŒΊπŸ˜€πŸπŸπŸPNPPBM M'sia πŸŒΊπŸ’―πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ†— October 18, 2020 at 5:40 pm

    Alhamdulillah syukur ..Aamiin.. sihat akhirnya.. semoga sentiasa beringat standard SOP KKM.. apa yg anna tahu yg diberitahu oleh DG TS Noor Hisham.. yg bertali arus dari semenjak kalut kalut covid19 di Sabah.. segala tenaga kerja serta pakar pakar perubatan dah ke Sabah malah ATM pun ada buka hospital bagi menampung pesakit pesakit selain covid19.. jgn khuatir pada kemelut di semenanjung.. yg penting kekal teguh bersama PN GRS.. anna harap pihak Bung Mokhtar dah faham ttg problem kita (BN) masa yg lepas.. akibat sikap sikap mereka yang buat kita semua entah jadi apa.. andai PM6 serta TPM Zahid Hamidi tak terbalik bongkang serta buruk perangai dan langsung tidak tahu menjaga nama baik maruah parti Umno.. tidak jadi hal seperti skrg yg lagi merepek menuduh PPBM@Bersatu mcm mcm.. ader kerr patut mereka kata kami 🌺 sombong dan buli mereka.. alahaii.. sama ULar Lidi ja.. terjerit bagai.. rasanya jikalau beralih mereka pada AI.. agak agak dapat layanan tahap dewa mehh.. pesan pada Abg Bung Mokhtar Raden.. berevolusi bermutasi berinovasi tranfomasi.. kacau ganggu Sabah.. kita merimbun sama Bunga Raya.. dah tentu selamat bersama πŸ‡²πŸ‡Ύ semoga di Sabah M’sia akan berlalu segera segala musibah mudarat.. kasihan pada keseluruhan rakyat Sabah di sana.. Aamiin πŸ’–πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ™‚

    Liked by 1 person

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.