Senario 17hb Oktober Covid 19 – MKTP

LAPORAN HARIAN KES JANGKITAN COVID-19

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID 19 di Negeri Sabah pada hari ini adalah sebanyak 451 kes. Bilangan kematian adalah 4 orang. Jumlah kumulatif kes COVID 19 di negeri ini adalah sebanyak 6,737. Sehingga hari ini, seramai 2,596 pesakit dilaporkan telah sembuh dan pada hari ini, seramai 4,086 pesakit sedang menerima rawatan di dalam wad.

Kes kes jangkitan COVID 19 pada hari ini mengikut daerah adalah seperti berikut:

Sungguhpun laporan harian menunjukkan kes COVID 19 yang agak tinggi setiap hari di negeri Sabah, rakyat diminta untuk tidak panik dan kekal tenang. Peningkatan kes di Sabah juga adalah disebabkan hasil saringan lapangan yang diperluaskan serta bersasar di kawasan jangkitan di sebelas (11) daerah zon merah iaitu Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tuaran, Penampang, Putatan, Kota Kinabalu, Sandakan, Papar dan Kota Belud.

Kerajaan merayu kerjasama masyarakat di negeri ini yang bergejala dan mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID 19 untuk segera membuat saringan di hospital hospital atau klinik klinik berhampiran di kawasan masing masing.

BANTUAN BAKUL MAKANAN (FOOD BASKET)

Pengagihan bantuan bakul makanan (food basket) kepada golongan sasar sedang berjalan lancar. Sehingga hari ini, 42,580 bakul makanan telah diagihkan.

SIDANG MEDIA (PRESS CONFERENCE I PC)

YB Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Menteri Kewangan Il akan mengadakan press conference pada setiap hari mulai 18 Oktober 2020 untuk memberi status terkini penularan COVID 19 di negeri ini.

Bagi membendung penularan COVID 19 di negeri ini, semua masyarakat digesa untuk sentiasa patuh kepada SOP PKPB yang sedang dilaksanakan di seluruh negeri ini termasuklah memastikan jarak fizikal dipatuhi setiap masa, pemakaian pelitup muka dan hand sanitiser serta kerap mencuci tangan. Kerjasama semua pihak adalah penting untuk mengekang penularan dan melandaikan Iekuk jangkitan COVID 19 di Sabah.

kitajagakita #stayhome #staysafe

Sekian.

YB MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN DAN MENTERI KEWANGAN ll 17 Oktober 2020

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.